Thursday, December 4, 2008

SEDARLAH WAHAI BANGSAKU


Dalam sedar dan tidak sedar, kaum Cina sudah menguasai sektor ekonomi Malaysia. Kaum Cina menguasai hampir keseluruhan sektor ekonomi, dari dunia korporat sehinggalah kepada bisnes kecil-kecilan di ceruk kampung dan desa. Manakala, Melayu hanya berbangga jika dapat makan gaji, lagi besar gaji yang diterima, makin tinggilah kesetiaan kepada ‘bos’ mereka walaupun menerima sumpah-seranah setiap hari. Melayu tersengih lebar jika mendapat komisen sekiranya berjaya mempengaruhi ketua jabatan untuk meluluskan kawasan balak kepada ‘tokey’. Melayu ketawa terbahak-bahak menuju ke bank jika berjaya meng ALI-BABA kan setiap projek atau tender.

Bagaimana mahu menjual projek sesama Melayu? Kebanyakan Melayu tidak ada duit dan miskin. Lantaran itu, terpaksalah menjualkannya kepada kaum Cina. Selain itu, apabila menjualkannya kepada Melayu banyak masalah akan timbul, silap-silap kena tipu. Tetapi sekiranya kepada ‘tokey’, merekanya boleh diharap kerana mereka berpegang pada janji dan amanah. Kesimpulannya, kaum Cina mempunyai kuasa ekonomi atau kuasa beli yang tinggi.

Antara strategi dan jalan pintas yang difikirkan untuk membantu penguasaan ekonomi Melayu ialah perlaksanaan DEB dan Dasar Penswastaan Agensi Kerajaan. DEB diwujudkan untuk membantu Melayu bersaing dalam dunia perniagaan, manakala Dasar Penswastaan pula untuk mewujudkan kuasa Melayu dalam sektor korporat yang strategik. Pelbagai tabung dan skim pinjaman dibuka untuk membantu Melayu berniaga. Namun begitu, kadang-kala pinjaman ini bukan untuk mengembangkan perniagaan, tetapi untuk membeli kereta baru ataupun menambah isteri baru (bukan semuanya).

Sayangnya DEB telah disalah-guna oleh pemimpin untuk mengkayakan kroni-kroni mereka sahaja. Dasar Penswastaan berjaya mewujudkan Melayu Korporat dan jutawan, tetapi majoriti Melayu yang menerima ‘durian runtuh’ ini lupa diri dan makin tamak, bukannya mahu menolong bangsa sendiri. Matlamat asalnya murni tetapi sudah diseleweng. Sistem dan dasar itu tidak salah, yang salahnya ialah ‘tangan’ yang memegang kunci kuasa untuk mengagih-agihkan projek.

Akhirnya, kaum Cina sedar, kaya tidak semestinya boleh membeli kuasa, tetapi kuasa boleh membeli kekayaan. Kuasa itu ialah pentadbiran atau dengan kata lain ‘KUASA POLITIK’. Sedarkah kaum Melayu sekarang bahawa kaum Cina sudah memulakan ‘pelan senyap’ mereka untuk menguasai penempatan penduduk secara berperingkat agar kuasa politik mereka dapat berkembang dan menjadi berpengaruh?

Banyak tokey-tokey Cina membuat projek perumahan dan komersil yang tidak mampu dibeli oleh Melayu, kerana kuasa beli yang tinggi datangnya dari kaum Cina. Di mana akhirnya kawasan perumahan tersebut dibeli oleh mereka dan secara automatik kawasan tersebut dikuasainya secara perlahan-lahan. Malangnya, sistem pemilikan tanah yang mudah dan kurangnya pemantauan dari kerajaan memburukkan lagi keadaan. Jika dahulu, hanya apartmen dan kondo menjadi alternatif kepada bukan bumiputera, sekarang atas nama pembangunan, bangunan komersil (yang ada tapak tanah) dan rumah yang berpijak di tanah pun sudah boleh dibeli.

Tidak seperti negeri Kelantan, kaum Cina amat sukar untuk untuk membeli tanah yang diwartakan Rezab Melayu. Kalau boleh pun, mestilah sudah 3 keturunan menetap di Kelantan. Itu pun jika diluluskan oleh ‘Exco’. Akhirnya, kaum Cina hanya tertumpu kepada bangunan kedai dan tanah-tanah di Hulu Kelantan yang mempunyai rizab tanah ‘Free Hold’. Itu pun masih ada Melayu yang terhegeh-hegeh naik turun pejabat Exco agar kelulusan diberi kepada individu Cina, yang sudah pasti dijanjikan wang saguhati. Menerukkan lagi keadaan, ada Melayu yang mempunyai pertalian yang rapat dengan Exco menjadikan proses kelulusan ini sebagai salah satu ‘perniagaan tidak rasmi’ mereka.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan setiap projek perumahan mesti ada 30% kuota Bumiputera. Namun begitu sekiranya kuota ini gagal dibeli oleh Melayu, pemaju boleh memohon untuk membuat rayuan kepada kerajaan agar kuota ini dikurangkan atau dihapuskan agar projek tersebut berjaya dijual sepenuhnya. Mana komitmen kerajaan mengekalkan 30% kuota Bumiputera? Sayangnya, kerana mahu menjaga hati pembayar cukai ini (pemaju), semua peraturan boleh dipinda dan diubah. Dengan kata lain, kerana duit yang tidak seberapa, tanah sekangkang kera digadaikan. Renung-renungkanlah.


KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

3 comments:

Anonymous said...

Kita Melayu selalu terlena dan dibuai mimpi dalam memperjuangkan hak rakyat dan agama.Dengan adanya nukilan-nukilan idea yang bernas sebegini, dapat membuka mata kita.Teruskan perjuangan Pemuda Umno Setiawangsa!

Anonymous said...

melayu mudah LUPA and ALPA..bangunlahh wahai bangsaku !

Anonymous said...

Lontaran penulisan yang lantang serta teguran yang tegas dan mendalam maknanya.Diharapkan semuanya sedar.Teruskan penulisanmu, sahabat pena.Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Setiawangsa the Best!