Wednesday, December 24, 2008

BLOG LAMAN EKSPRESI DIRI


Memang tidak dinafikan, penggunaan blog khususnya di Malaysia dalam menyampaikan maklumat masih di tahap awal, namun hari demi hari berganti dan bilangan blog semakin bertambah. Malah, ramai pemimpin dan juga bekas pemimpin kita juga telah mewujudkan blog mereka sendiri untuk menyampaikan maklumat dan informasi terkini dan untuk berinteraksi dengan pembaca blog mereka. Bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad kini juga mempunyai laman blog sendiri iaitu www.chedet.com untuk memberi peluang kepada orang ramai berinteraksi secara dua hala berkongsi pandangan, kritikan atau pendapat.

“Ini penting kerana pada saya, blog tidak harus ada penapisan (oleh kerajaan), tetapi pada masa yang sama jika anda menulis dalam blog bagi tujuan ugutan untuk membunuh seseorang, maka ia tidak baik” ujar Tun Dr Mahathir.

Bagi Tun, para pengendali laman blog perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dengan memastikan setiap yang ditulis adalah pandangan atau komen yang wajar. Selain itu, beliau berpendapat bagi mereka yang baru hendak menceburi bidang ini, perlu harus mempunyai pemikiran yang waras iaitu bersifat adil dan tidak menggunakan kemudahan blog untuk melemah atau menjatuhkan sesiapa. Pendekatan ini perlu dititikberatkan oleh setiap bloggers dalam mewujudkan saluran berinformasi. Diharapkan lebih ramai lagi kaum muda menceburinya.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

No comments: