Sunday, December 7, 2008

BUDAYA NIAGA PERLU ADA PADA MELAYU


Apakah Melayu sudah bersedia menerap budaya perniagaan yang sudah lama sebati dalam masyarakat yang lebih maju. Sesetengah dari budaya ini sememangnya sudah ada dalam masyarakat Melayu seperti sikap amanah, disiplin dan rajin bekerja yang juga nilai utama dalam Agama Islam. Tetapi penerapan nilai nilai ini kurang dikalangan masyarakat Melayu berbanding Masyarakat Cina, sungguhpun Melayu beragama Islam dan Cina tidak.

Perlu diingatkan, ciri-ciri di atas amat penting dalam perniagaan, kerana dalam perniagaan kita merlukan satu sama lain untuk maju. Ketiadaan ciri-ciri ini bererti rangkaian perniagaan kita tidak kukuh, misalnya pembekal, bank dan pelanggan tidak akan gemar berurus dengan kita.

Di samping itu ciri-ciri ini peting ada dalam seluruh masyarakat, dan tidak hanya terhad kepada golongan usahawan itu sahaja. Ini kerana golongan usahawan yang mantap perlu berlandaskan suatu budaya masyarakatnya yang condusif untuk memajukan sesuatu perniagaan.

Malangnya tidak semua budaya perniagaan selari dengan budaya Melayu. Misalnya masyarakat Melayu memiliki dayasaing yang rendah dan tidak gemar menghadapi risiko. Jiwa Melayu lebih mementingkan keadaan selesa atau security dalam suasana yang kurang mencabar, walaupun sikap begini hanya menghasilkan pendapatan yang rendah. Dengan keadaan demikian, maka bilangan Melayu yang sesuai untuk bidang perniagaan menjadi terhad. Walaupun ramai yang pada mulanya menceburi bidang ini, tetapi tidak ramai yang tahan lasak dan akhirnya berjaya. Sifat semula jadi Melayu ini tidak mudah dikikis. Ia suatu produk pekembangan sejarah masyarakat di masa silam dan suasana sekeliling yang terlalu selesa sekarang.

Malah nilai-nilai murni Islam yang baik untuk perniagaan juga mengambil masa berkurun kurun untuk bertapak di dalam masyarakat, itupun belum lagi ditahap yang cukup tinggi. Lihatlah betapa banyak kes pecah amanah, penipuan, rompakan dan rasuah dikalangan masyarakat Melayu.

Jadi, apakah yang dapat dibuat untuk maju? Bagi saya masyarakat Melayu Bumiputera memerlukan suatu anjakan paradigma, bukan sahaja dengan cara meneguhkan nilai murni yang ada,tetapi juga dengan menerapkan unsur budaya luaran yang baik bagi melahirkan suasana yang sesuai untuk masyarakat perniagan yang mantap dan dinamik. Disamping itu galakan perlu diberi kepada mereka yang mengamal budaya niaga yang sihat. Bagaimana ini dapat dilaksanakan, InsyaAllah saya akan bicarakan dalam artikel-artikel yang akan datang.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

3 comments:

Anonymous said...

Bawalah perubahan kepada kaum Melayu Muda. Negara, parti dan bangsa memerlukan golongan pemuda yang berkaliber seperti anda.Teruskan!

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Terima kasih kerana menjemput Pemuda IKS ke laman blog Biro Ekonomi Pemuda Setiawangsa. Berharap laman blog ini akan dapat menyampaikan maklumat berkenaan kaedah meningkatkan ekonomi masyarakat setempat khususnya golongan belia. Selamat berjuang!

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http;//pemudaiks.blogspot.com

Anonymous said...

Marilah semarakkan semangat daya saing dikalangan bangsa melayu utk meraih kecemerlangan sejagat ! bangunlah anak bangsaku ! ayuh kita bersaing !!!