Masalah yang besar adalah pemimpin Melayu tidak lagi membentuk pemikiran rakyat. Yang membentuk pemikiran kita ialah orang-orang Cina seperti dalam Gerakan dan MCA yang menuduh pemimpin Melayu tidak adil kepada mereka. Tetapi pemimpin Melayu tidak menjawab bahawa 50 tahun pemimpin Melayu memberi peluang untuk mereka membesar. Kita tidak pun memberi pun data keuntungan orang bukan Melayu di bawah DEB. Orang Melayu dapat 20%, yang 80% SIAPA YANG DAPAT? Tetapi kita sibuk dengan 20% ini sahaja.
DEB itu menguntungkan orang lain kerana orang Melayu hanya baru hendak berubah daripada ekonomi tani dan nelayan kepada ekonomi bandar. Kita baru sampai ke tahap itu sahaja. Kita belum naik ke tahap industri kecil dan sederhana (IKS). Jadi DEB sebenarnya hanya sempat menaikkan orang Melayu dan bumiputera daripada ekonomi nelayan dan petani kepada ekonomi gerai di pinggir-pinggir bandar. Orang Melayu tidak dapat restructure ekonomi Cina yang sudah menguasai IKS. Jadi kalau kita tidak dapat membentuk pemikiran bangsa seperti kita mahu dan membiarkan Gerakan dan MCA membentuknya bermakna kita akan kalah dan seterusnya menimbulkan masalah besar kepada orang Melayu. Kita perlulah sedar dan bangun. Usah alpa dan dibuai mimpi di siang hari kerana ia akan merugikan anak cucu kita, bangsa dan negara.
KHAIRUL IDZWAN IDRIS
Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

No comments:
Post a Comment