Orang Melayu kelas elit sedar tentang kesan buruk sistem kelas yang diperjuangkan oleh pihak tertentu. Oleh sebab itu, Tun Dr Mahathir Mohammad dan UMNO suatu masa dulu sengaja membina kelas menengah Melayu dan memperluaskannya untuk berhadapan dengan keadaan seperti ini. Apa yang diusahakan ialah kelas menengah di kalangan profesional mesti tediri daripada Melayu. UMNO sedar tetapi tidak boleh mengelak daripada kejatuhan orang Melayu kalau sistem kelas ini berlaku. Berjuta-juta lagi bumiputera akan menjadi orang bawahan, jadi pekerja, petani atau peramu dalam hutan. Justeru, kalau tidak ada campur tangan kerajaan dalam Perlembagaan melalui Perkara 153, selamanya orang ini akan berada di bawah kerana mereka tidak mampu untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Contohnya, orang-orang kampung kalau tidak diberi biasiswa selama-lamanya tidak dapat naik. Jesteru kita terpaksa mempertahankan Perlembagaan dan kebumiputeraan itu untuk menyelamatkan orang-orang bumiputera.
KHAIRUL IDZWAN IDRIS
Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan
KHAIRUL IDZWAN IDRIS
Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan
No comments:
Post a Comment