Thursday, December 18, 2008

EKONOMI MAKMUR TANPA RASUAH

Masalah rasuah akan berterusan selagi pemberi dan penerima rasuah sanggup melakukannya.

Sememangnya ‘It takes two to tango’. Berdasarkan peranan dan tugas, kakitangan kerajaan dengan sendirinya menjadi penerima rasuah dan orang awam sebagai pemberinya. Daripada kalangan pemberi rasuah, masyarakat perniagaan dipercayai menjadi golongan utama. Usahawan dan peniaga mendakwa terpaksa memberi rasuah kerana diminta oleh kakitangan tertentu jabatan kerajaan supaya urusan mereka dapat diurus segera.

Sektor ekonomi amat penting untuk memajukan negara. Justeru, kerajaan perlu mengurus ekonomi dengan baik supaya pembangunan negara dapat berterusan. Keperluan mengurus ekonomi memaksa kerajaan menetapkan dasar dan peraturan tertentu supaya kegiatan ekonomi bergerak dengan cekap.

Setiap dasar dan peraturan berkaitan perniagaan sudah pasti digubal untuk memberi hasil terbaik kepada semua pihak berkepentingan. Kesediaan kerajaan memperbaiki kelemahan dasar atau peraturan terbukti dengan perubahan dan pindaan dari semasa ke semasa.

Lantaran itu, saya amat mengalukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengstruktur semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia. Bagi saya ini membuktikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telus dan bersungguh untuk memerangai gejala rasuah di negara ini. Sekaligus ini akan meningkatkan lagi imej negara di mata dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang serius dan bersungguh-sungguh memerangi gejala rasuah. Kerajaan melakukan ini bukan kerana tekanan mana-mana pihak tetapi lebih kepada keperluan dan kesungguhan untuk melihat Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dari gejala rasuah. Langkah ini juga akan memberi keyakinan yang lebih tinggi kepada pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia kerana saya percaya suruhanjaya ini akan memain peranan penting membendung sekaligus membenteras gejala rasuah di negara ini. Harapan ia dijalankan dengan penuh komitmen dan semangat integriti hendaknya.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

1 comment:

Anonymous said...

Institusi-institusi kerajaayn yg berkaitan haruslah bertanggungjawab sepenuhnya.
Jalankan amanah dengan jayanya.
Janganlah HANGAT-HANGAT TAHI AYAM SAHAJA..diketuk br bertindak..