Sunday, July 5, 2009

PEMIMPIN MUDA BERJIWA RAKYAT



Sekali lagi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin telah hadir dalam majlis mesra dan penyampaian sumbangan kepada JKKK, KRT, PIBG dan Masjid di kawasan Parlimennya di Rembau pada 4 Julai yang lepas. Pendekatan yang di ambil oleh saudara YB sejajar dengan seruan Perdana Menteri supaya mendahulukan rakyat dan sentiasa dekat bersama rakyat. Semoga dijadikkan ikutan bagi pemimpin-pemimpin muda yang lain dalam parti kompenan barisan Nasional. Syabas YB!

Khairul Idzwan Idris

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

Saturday, July 4, 2009

PEMUDA UMNO BERSAMA MEDIA



Sayap Pemuda UMNO Malaysia telah melakukan kunjungan ke Pejabat Urusan Media Prima di Bandar Utama pada minggu ini. Kunjungan yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaludin serta beberapa Exco Pemuda Malaysia termasuk Dato' Reezal Merican ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan di antara Sayap Pemuda Umno serta pihak media. Sewaktu kunjungan tersebut, rombongan Pemuda UMNO telah di bawa melihat sekitar studio sambil diberikan penerangan mengenai operasi media berkenaan. Malah, Sayap Pemuda UMNO juga sempat bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu yang dihadapi oleh negara dan mendengar dari sudut perspektif mata media. Syabas diucapkan kepada Sayap Pemuda UMNO Malaysia akan pendekatan yang diambil.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan