Thursday, March 5, 2009

TUN MAHATHIR, MAZHAB PEMIKIRAN EKONOMI?

Tun Mahathir membawa idea, kaedah dan gerakan yang mempunyai ciri tersendiri yang kadang-kadang kontekstual, kadang-kadang sawarjagat dan keseluruhannya adalah eklektik. Kesimpulannya, di mana Tun Mahathir dalam senarai mazhab pemikiran ekonomi?

1.Tun Mahathir adalah pemikir dan pelaksana. Jarang kedapatan manusia seperti ini yang berani mengajukan idea lantas melaksanakannya. Mengutarakan idea memang mencabar tetapi lebih dalam menjadikannya kenyataan; justeru ada risikonya. Beliau pernah mencabar cendakiawan dengan ajuan 0% pengangguran, walaupun kadar 4% bagi negara maju sudah dikira full employment. Cara beliau melaksanakan idea dan menggerakkan sumber manusia mirip pendekatan pygmallion, malah pada ketika tertentu, saya mahu mengatakan bahawa ekonomi negara adalah ekonomi pygmallion.

2.Beberapa idea lama yang telah dilupai dunia, diungkit semula dan diletakkan dalam konteks semasa dan ternyata memberi kesan. Contohnya, idea kawalan mata wang dan tindakan lain yang berkaitan.

3.Beberapa idea baru juga diutarakan seperti pandangan dan agenda tindakannya tentang globalisasi. Walau nampak radikal, namun ideanya tidak boleh disamakan atau digolongkan bersama puak Radical Political Economist yang menyukai sosialisme dan membenci kapitalisme.

4.Jika dikatakan bahawa ekonomis klasikal liberal ialah seorang yang menjaja idea pasaran bebas, keterbatasan peranan kerajaan dan hak harta persendirian, maka saya melabelkan Tun Mahathir sebagai bukan liberal mahupun konservatif, tetapi ekonomis praktikal fundamentalis.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

1 comment:

MOHD AFFANDI said...

Ketokohan dan kelantangan beliau selama 22 tahun memerintah negara telah mengangkat Ekonomi Malaysia ke satu tahap yang boleh dibanggakan dan hasil daripada aspirasi beliau dapat dinikmati melalui kesempurnaan kehidupan rakyat Malaysia sekarang.

Dasar pensyarikatan Malaysia pada tahun 1980an telah meningkatkan penyertaan bumiputera di dalam syarikat korporat. Di samping itu Tun juga merupakan pemimpin negara yang telah memperkenalkan pendekatan "Reverse Economy". Melalui pendekatan ini, negara Malaysia yang pada suatu ketika dahulu bergantung sepenuhnya pada pelaburan negara luar akan tetapi sekarang berupaya menjadi antara negara pelabur yang melabur di dalam pelbagai projek luar negara. Banyak syarikat-syarikat Malaysia seperti Kumpulan Berjaya, Petronas dan Telekom mempunyai pelaburan berjuta ringgit di luar negara.

Tun, jasamu akan kami kenang, teruskan sumbangan anda untuk kemajuan negara.