Tuesday, March 17, 2009

PASARAN HADAPAN KOMODITI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Perniagaan pasaran hadapan adalah bertentangan dengan undang-undang Islam kerana ia melibatkan dagangan tanpa penyerahan barang (dalam kes ini biasanya melibatkan komoditi atau saham) kepada pembeli ketika akad dilakukan.

Sebagai umat Islam, kita harus mempersoalkan mengenai peranan ekonomi Islam dalam menghadapi cabaran hebat era globalisasi, sumbangannya kepada dunia dan bagaimana ia dapat membantu negara Islam untuk turut sama menikmati limpahan nikmat terutamanya dari segi ekonomi yang selama ini banyak pihak melihatnya sebagai satu usaha yang semata-mata menguntungkan negara-negara maju.

Dalam kes ini, sistem Islam memberikan cadangan terhadap bursa yang berurus niaga secara kontrak pasaran hadapan sama ada bursa saham atau bursa komoditi supaya menerapkan rukun dan syarat-syarat dalam kontrak salam, iaitu menjual sesuatu jualan yang jelas dan dalam tempoh masa yang nyata serta melaksanakan rukun urus niaga salam iaitu berniat untuk menerima barang pembelian. Dengan adanya sistem ekonomi Islam yang mantap dan selaras dengan kehendak syariat dari segi memperolehi, mengguna dan menguruskan sumber asli bagi kemaslahatan diri dan masyarakat umumnya, ini akan menjurus kepada keredhaan Allah swt.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

No comments: