Globalisasi merupakan satu proses yang berterusan dan tidak dapat dielakkan bagi mana-mana negara di dunia. Seiring dengan globalisasi ialah faktor-faktor yang mempengaruhui pembangunan sesebuah negara iaitu perubahan teknologi, pertumbuhan ekonomi, aliran modal, migrasi dan kemajuan komunikasi.
Secara langsung kadar kemiskinan global telah dapat dikurangkan terutama bagi negara-negara sedang membangun. Dapat dibuktikan hubungan berbentuk ‘U’ terbalik antara pertumbuhan dan kadar kemiskinan. Peningkatan kadar pertumbuhan digambarkan dengan tahap globalisasi yang tinggi dan pada masa yang sama kadar kemiskinan menurun. Ketaksamaan agihan pendapatan pula digamarkan selari dengan tahap globalisasi di mana ketaksamaan global semakin melebar terutama antara negara-negara kaya dengan negara-negara dunia ketiga.
Keterbukaan ekonomi Malaysia pada era globalisasi, merupakan antara faktor yang menjana pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Secara umumnya kadar kemiskinan sama ada kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif semakin berkurangan. Masalah ketaksamaan agihan pemdapatan semakin melebar terutama antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar serta kaum-kaum di Malaysia.
KHAIRUL IDZWAN IDRIS
Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan
No comments:
Post a Comment