Thursday, March 26, 2009

PENANTIAN SUDAH TERJAWAB


Sepertimana yang telah diumumkan, setelah penantian selama 3 bulan yang lepas dalam menentukan pemilihan jawatan-jawatan di dalam sayap Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal 2008-2011 telahpun terjawab. Dengan kejayaan YB Khairy Jamaluddin yang telah diberikan mandat oleh para perwakilan Pemuda sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia serta pemilihan YB Dato’ Razali Ibrahim sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Dengan pemilihan mereka ini serta barisan baru Exco Pemuda UMNO Malaysia, diharapkan dapat menjalankan tangungjawab dalam menggapai wacana dan aspirasi Pergerakan Pemuda UMNO untuk kedaulatan parti, bangsa dan agama. Bagi mereka yang kecundang dalam pertandingan kali ini, marilah kita merapatkan semula saf barisan Pemuda dalam mengharungi cabaran politik yang genting pada masa akan datang dan elakkanlah daripada sifat berpuak-puak dikalangan kita selepas ini. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan sekalung tahniah kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa, Saudari Seri Wani yang telah memenangi jawatan sebagai salah seorang Exco Puteri UMNO Nasional pada pemilihan kali ini. Syabas dan tahniah diucapkan.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

4 comments:

Anonymous said...

Kemenangan yang tipis diperlihatkan.Keputusan tidak seperti yang diharapkan tetapi kita mesti akur.Nasi telah menjadi bubur.

Bawalah perubahan pada sayap Pemuda UMNO.Jangan biarkan nasibnya parah dan rebah di kemudian hari.

Anonymous said...

YB Khairy Jamaluddin, mampukah memimpin sayap pergerakan Pemuda Umno?

Janganlah sibuk mencari kekayaan sendiri dengan melupai tanggungjawab kepada parti hendaknya.

Anonymous said...

Dahulunya, YB Khairy pernah di boo oleh para perwakilan sewaktu sidang mesyuarat Pemuda UMNO bahagian Setiawangsa tahun lepas.

Apa akan terjadi?kini YB Khairy menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia,adakah pemuda Setiawangsa akan tetap menidakkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin?

Kita tunggu dan dilihat.

Anonymous said...

Ada orang kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, YB Datuk Razali Ibrahim orangnya sombong.Betul ker?

Kalau betul,macam mane mahu jadi pemimpin?