Dunia sedang menuju perubahan yang sangat besar antaranya kerana kehebatan teknologi komunikasi dan maklumat, melalui proses konvergen dan globalisasi. Teknologi komunikasi dianggap sebagai salah satu ejen yang penting yang memainkan peranan dalam mengubah budaya masyarakat. Sungguhpun begitu sejak daripada wujudnya komunikasi yang tradisional hingga kemunculan teknologi maklumat dan virtual, isu kesan negatif ke atas budaya dibincangkan sehingga tampak tidak akan ada kesudahannya. Kelompok yang menjadi sasaran ialah yang berkuasa menguasai media di peringkat global seperti Amerika Syarikat. Memang disedari bahawa budaya dan corak hidup Barat ditonton setiap hari oleh masyarakat antarabangsa. Jika tidak pun dikategorikan sebagai lucah setiap hari masyarakat antarabangsa disogokkan dengan budaya yang memaparkan minuman keras, jenayah, seks bebas, perjudian, budaya tahyul dan sebagainya. Biar apa pun hujat atau teori atas alasan kemodenan, rasionaliti, individualisme, kebebasan, perniagaan, hiburan, masyarakat terbuka, langit terbuka, kehendak majoriti, memang disukai ataupun ia sebenarnya imperialisme budaya atau tidak, ia tidak menjadi soal kerana ke semua unsur negatif yang terdapat dalam teknologi komunikasi dan maklumat khususnya media dan internet bercanggah dengan budaya, nilai dan tuntutan yang Maha Pencipta.
Justeru, isu kelahiran budaya sejagat melalui konvergen dan globalisasi menjadi satu persoalan besar dalam kepelbagaian budaya dan agama masyarakat dunia. Ini kerana, kadang-kadang tanpa kewarasan unsur-unsur yang merosakkan juga dianggap sebagai elemen yang tidak perlu disekat dalam proses konvergen melalui budaya yang disinkronasikan untuk merealisasikan proses globalisasi bagi membentuk dunia yang mempunyai nilai yang sejagat walhal kesejagatan itu harus berteraskan kepada keimanan kepada Allah swt.
Oleh itu, masyarakat di dunia lain khususnya Islam harus menyeru dunia Barat untuk mengubah paradigma mereka walaupun seruan seperti ini suatu yang sukar untuk diterima oleh Barat kecuali setelah ia mengalami pengalaman yang pahit seperti masalah AIDS sehingga ada sedikit keredaan dalam corak amalan sex deviant mereka.
KHAIRUL IDZWAN IDRIS
Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

No comments:
Post a Comment