Thursday, March 26, 2009

IKHLAS DALAM PERUBAHAN UMNO

Selepas tanah air mencapai kemerdekaan, timbul pelbagai masalah yang mengugat kebebasan termasuk percakaran dalam pelbagai aspek. Dalam soal ini, Barisan Nasional dan Umno serta orang Melayu secara keseluruhannya mesti memainkan peranan dalam mengukuhkan semula kedudukan dan imej Melayu.

Barangkali, kerana orang Melayu yang kurang memperlihatkan perpaduan sesama mereka memburukkan keadaan. Bangsa lain memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu menangani orang Melayu di tanah air mereka sendiri kerana pelbagai masalah melingkungi pemimpin mereka.

Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Melayu mesti berubah bagi mengembalikan keyakinan kepada rakyat untuk memihak kepada parti BN-Umno. Perubahan paling penting tentulah sikap pemimpin yang boleh memberi keyakinan dan sokongan padu rakyat kepada mereka.

Gejala politik wang yang sedang dibenteras adalah satu perubahan drastik yang mampu mengangkat semula keutuhan parti yang memerintah kerana dengan cara itu rakyat tentu melihat usaha condong ke arah membersihkan gejala tidak sihat dikalangan pemimpin. Sikap mesra rakyat dan tidak bermegah-megah dengan kedudukan juga satu perubahan yang mesti diambil kira untuk memenangi hati rakyat. Ketegasan dalam melaksanakan undang-undang dengan tidak mengambil kira siapa salah akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan bertindak mengikut landasan yang benar.

Dalam soal ini, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam satu rancangan di televisyen baru-baru ini berkata, penguatkuasaan tidak tegas dalam sesuatu perkara akan menyebabkan keyakinan orang ramai terjejas terhadap pemerintah.

Jika perubahan yang dilakukan itu menjamin keutuhan parti, tentu perkara itu tidak membimbangkan pelbagai pihak tetapi jika perubahan yang berlaku mengancam kekuatan parti, maka usaha membaik pulih parti dan keyakinan rakyat terhadap parti mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Melayu mesti berubah untuk menjamin kelangsungan bangsa, agama dan negara.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

4 comments:

Anonymous said...

Bukan Umno yang perlu berubah.Ahlinya yang sepatutnya berubah dan ikhlas dalam memperjuangkan hak parti.Tidak ada cacat celanya pada parti Umno.Cuma sesetengah ahlinya yang merosakkan serta mencemarkan imej dan sahsiah parti.

KMM said...

Dalam konteks perubahan dalam Umno, ia perlu datang pada ahlinya sendiri.Saya tahu ramai ahlinya berkebolehan, berketrampilan dan berkaliber menjadi seorang pemimpin.

Tetapi pada pendapat saya,di dalam Umno,wujudnya masalah dalaman iaitu 'sekatan' kadang-kala berlaku.Sekatan ini berlaku misalnya menghalang seseorang terutamanya golongan professional yang berkaliber untuk terus menceburi dan meluahkan idea untuk pembaharuan dan perkembangan parti.Sekiranya perkara tindas-menindas dan sekatan terus diamalkan di dalam parti Umno,maka saya percaya tidak akan wujudnya pembaharuan yang diimpikan.Malah,perbuatan seperti inilah yang menyebabkan ramai golongan professional menidakkan sumbangan parti Umno kepada masyarakat.

Umno perlu 'buka mata' di dalam mengatasi masalah ini diperingkat bahagian mahupun cawangan sepertimana disarankan oleh Paklah mahupun Najib pada perhimpunan Umno yang lepas.Fikirkanlah

Idealis Melayu said...

Di dalam sayap Pemuda Umno perlu ada keseimbangan golongan professional dan bukan golongan professional. Kini dapat dilihat bahawa golongan professional dan intelektual lebih berat dan cenderung menyokong parti pembangkang kerana disebabkan oleh fahaman ideologi yang disemai oleh mereka ke atas golongan ini.

Pemuda Umno secara khususnya perlu menarik minat semula golongan professional dan intelektual ini bagi mengimbangi pecahan ataupun ratio pemuda Umno itu sendiri.Kini dapat dilihatkan ramai golongan 'mat rempit' menyokong Umno.Persoalannya kini,di mana perginya golongan professional dan intelektual?Persoalan ini perlu diurai oleh mereka di dalam sayap Pemuda itu sendiri.

Bagi saya,aktiviti-aktiviti bercorak kesukanan adalah aktiviti yang lapok dalam menarik golongan muda professional dan intelektual.Bukan menidakkan keberkesanannnya, tetapi kepuasan dan sumbangan daripada aktiviti berkenaan bersifat sementara yang tidak menunjukkan impak pada masyarakat.

Berdasarkan survey yang dijalankan,golongan muda professional dan intelektual mahukan penekanan yang khusus misalnya memperbanyakkan blog-blog yang bercorak ilmiah,mengadakan forum diskusi serta penerbitan makalah-makalah ilmiah yang dapat menerap ideologi Umno itu sendiri di dalam pembentukan masyarakat setempat.Inilah yang dimahukan oleh mereka.Moga-moga 'suara' golongan ini di dengari oleh 'mereka' di puncak kepimpinan.InsyaAllah

Anonymous said...

Malaysia youth wing does not rally behind a person(anwar)we rally behind a dream,a dream for whole malaysian at whole!a dream where all is equal a dream where one is all and all is one!a dream where there is no malay supremacy but malaysian supremacy!malaysia youth wing cant say anwar is currupted or not!all we can say is he has a well manner wife behind him!and malaysia youth wing knows that umno is corrupted to the core where there is no turning back(from the leaders to the grass root members) and saying dap does not defend other race if truly a false statement!please read history before making any judgment.malaysia youth wing has been doing research before joining/ rally behind any political group!pakatan rakyat fits the bill.and if pakatan rakyat does not act faily,malaysia you wing with members of 200 thousand and counting,will pressure pakatan rakyat!where else barisan national,there are too tainted and arrogant to listen any feedback's.