Thursday, March 5, 2009

PERUBAHAN BUDAYA MALAYSIA

Dilihatkan bahawa budaya yang merupakan sebagai semangat kepada jati bangsa atau jati negara seharusnya dipertahankan dan diperkembangkan sejajar dengan peredaran zaman, namun peredaran zaman yang perlu diikut itu juga perlulah dilihat kesan atau baik-buruk daripada peredaran itu.

Maka, sekali gus penonjolan budaya yang menyesatkan tamadun dan insan bertamadun, telah juga memperlihatkan bahawa isu pembudayaan dan pengantarabangsaan tamadun itu juga memerlukan sesuatu yang baik dan bercirikan matlamat dan falsafah dengan penghayatan yang jitu daripada setiap insan yang berada dilingkungan tamadun tersebut. Tidak boleh diabaikan segelintir pun daripada masyarakat untuk tersesat atau tergelincir daripada haluan sebenar yang hendak dituju.

Untuk itu, pendedahan gejala adalah perlu bagi keperluan masyarakat untuk turut sama memikir dan menyumbangkan cara dan rangka tindak berserta dengan tindakan untuk membendung pencerebohan dan anasir yang cuba merubah jati diri dan akal fakir anak watan daripada sifat kebaikan ke arah sifat negatif yang menimbulkan kebejatan dan kemudaratan kepada negara dan masa depan.

Untuk itu, kritikan dan cara haruslah tegas untuk menyediakan persekitaran sosial terbaik bagi kesinambungan budaya Malaysia untuk berterusan. Untuk itu juga, usaha memajukan agama, bangsa dan negara adalah tugas semua pihak dan bukan hanya dibebankan kepada kepimpinan negara semata.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

No comments: