Thursday, March 5, 2009

PEMIKIR BUDAYA MELAYU BARU MALAYSIA

Pemikiran Tun Mahathir melalui karya-karyanya itu merupakan suatu manifestasi keinsafan beliau pada apa yang berlaku di sekelilingnya serta perjuangan beliau untuk menaikkan martabat bangsa Melayu. Pada pemerhatian pengkaji, transisi dari zaman Jepun ke British serta pengalaman awal menceburi bidang perniagaan ketika berusia belasan tahun telah membina kesungguhan beliau untuk berusaha mengatasi masalah kemunduran bangsa Melayu. Maka itu, kemiskinan dikalangan orang Melayu merupakan salah satu tema utama dalam hampir kesemua tulisan beliau. Beliau jelas begitu faham mengenai alam Melayu dan menghalusi setiap peristiwa yang dibincangkan kerana ia merupakan pengalaman beliau sendiri.

Sejak penulisan di dalam akhbar The Straits Times sehingga ke A New Deal For Asia, Tun Mahathir tidak pernah sama sekali abaikan persoalan masyarakat Melayu terutama dari aspek ekonomi dan politik, dua elemen yang membolehkan Tanah Melayu tidak hilang kedaulatannya daripada genggaman orang Melayu. Fakta sejarah terutama peristiwa 13 Mei 1969 menjadi agenda utama beliau di dalam hampir kesemua penulisan kerana peristiwa tersebut bukan sahaja mengubah nasib orang Melayu tetapi juga meletakkan beliau sebagai pemimpin paling ulung negara. Ini jelas memaparkan kesinambungan idea mengenai persoalan kelas di dalam stratifikasi sosial masyarakat, sejarah dan tidak ketinggalan social determinism. Apa yang pasti, persekitaran yang beliau duduki telah mencipta beliau dan bukan sebaliknya. Oleh yang demikian, Tun Mahathir tidak boleh dipinggirkan sama sekali kerana ketiadaan beliau akan menyebabkan Malaysia kehilangan seorang pemikir yang ulung yang barangkali boleh dilabel sebagai Pemikir Melayu Moden Malaysia. Walaupun bukan bergelar sebagai pemimpin, kepimpinan baru perlu menggunakan khidmat orang bijak pandai ini untuk memantau dan mendapatkan pandangan kerana tugas pelaksanaan bukan lagi bersama beliau. Kejayaan Tun Mahathir boleh dijadikan lebih cemerlang sekiranya kepimpinan baru bukan sahaja melaksanakan dasar-dasar tetapi juga memberi tumpuan untuk berfikir bagaimana untuk melakukannya. Itulah rahsia kejayaan Tun Mahathir untuk bertahan lama di dalam arus politik perdana negara. Tun Mahathir bukan sahaja seorang pemimpin berkarismatik tetapi juga seorang pemikir Malaysia yang unggul, ditakdirkan lahir di Malaysia.


KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

2 comments:

PN_Zaleha said...

The whole Malaysia especially UMNO members got shock after Tun announced his decision to quit UMNO due to his personal reasons last year. This news was a very sad moment to most of UMNO members since everybody know how TUN love UMNO and fight to make UMNO still relevant in Malaysia political arena. Now,we are very happy with the news that TUN will joining back UMNO to ensure political stability in Malaysia.

Dato' Zakaria said...

As one of Malaysian citizen who really appreciate what Tun has done to our country, I wish that government would be able to set up a university and name it as University Tun Mahathir. This university should become an elit university like Harvard Business School in US, The Oxford or Cambridge of UK.

Based on current scenario, Malaysia has too many public Universities but no one can be classified as grade A or elite university. Long time ago, University Malaya was proudly well known as the best university in Malaysia but now it already become as one of ordinary public university.

Government should restrict entry to this university by implementing very tough and high standard exam to ensure only qualified students can enter the university. This is to ensure that the university will produce the best student in Malaysia and recognised globally. If Malaysia can spend millions of ringgit to sponsor our students to enter the best unversities around the world why don't we invest our money locally?