Sunday, February 15, 2009

SISTEM PENGURUSAN PROJEK BERTERASKAN ISLAM

Tujuan utama pengenalan sistem pengurusan projek berteraskan Islam juga berkait dengan isu hak istimewa orang Melayu. Pelaksanaan sistem pengurusan projek berteraskan islam diharapkan dapat membenteras kegiatan mengalibabakan kontrak dalam pelaksanaan projek kerajaan yang dianggap kesan daripada penggunaan sistem pengurusan barat. Dari segi undang-undang kontrak, seseorang kontraktor yang dianggap mengalibabakan kontrak atau ‘total sub-letting’ boleh diambil tindakan menamatkan kontrak. Namun tiada tindakan yang pernah diambil terhadap kontraktor Bumiputera. Tanpa disedari kerajaan sebenarnya hanya membenarkan amalan ali baba kontrak yang akhirnya merugikan golongan Bumiputera itu sendiri.

Di samping itu, sistem pengurusan projek berteraskan Islam juga diharapkan dapat memaparkan cara Islam menyelesaikan isu-isu kontroversi tempatan seperti isu persaingan antara kaum dan agihan kek ekonomi negara dalam konteks masyarakat yang berbilang kaum yang memfokuskan kepada industri pembinaan.

Oleh itu, sistem pengurusan projek berteraskan Islam diharapkan dapat mewujudkan mekanisme pengurusan projek islam di mana setiap kontraktor dari saiz besar sehingga ke saiz kecil dan pekerja-pekerja binaan yang sempurna sama terlibat dalam semua peringkat kerja-kerja pembinaan yang didasarkan kepada kepakaran dan tradisi ketukangan masing-masing. Persaingan sihat ini akan mewujudkan keharmonian di dalam industri pembinaan dan kepentingan golongan kontraktor kecil atau subkontraktor akan terpelihara. Selain dapat mengetengahkan hukum-hukum Islam, cadangan sistem yang berasaskan Islam ini juga akan dapat memanfaatkan semua pihak dan memartabatkan profesion dalam industri pembinaan.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

1 comment:

Anonymous said...

Saya lama mengikuti laman blog ini.Adalah diharapkan saudara pengarang dan pihak kepimpinan Pemuda Umno Setiawangsa dapat menerbitkan risalah ke atas artikel-artikel yang ditulis di dalam laman blog ini.

Ini kerana, ia banyak memberi informasi malah hasil tulisan artikel-artikel tidak berunsur 'buyers' atau 'favor' pihak-pihak tertentu.Pemuda Umno Setiawangsa tidak perlulah berasa takut melakukan perubahan.Ke atas Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan, syabas diucapkan.