Kerajaan perlu mempertimbangkan projek LCCT Labu ini dengan teliti dan wajib mendapat persetujuan rakyat. Jangan kecewakan rakyat kerana ingin memberi keuntungan kepada segelintir manusia. Kita tidak faham adakah dengan membina LCCT di Labu akan melipat gandakan keuntungan Airasia serta membuatnya dapat menyaingi Singapura? Rasanya ia adalah alasan yang tidak logik. Kerajaan dapat mengarahkan MAB membina LCCT tetap di KLIA dengan cepat dan mengurangkan cukai terhadap Airasia. Inilah tindakan menang menang kepada semua pihak.
KHAIRUL IDZWAN IDRIS
Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan
KHAIRUL IDZWAN IDRIS
Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan
2 comments:
Kekalkan LCCT di KLIA. Dengan kegawatan ekonomi yang dialami, adalah satu pelaburan yang merugikan sekiranya dilaksanakan pada masa terdekat.
Tak paham mengapa perlu dibina LCCT di Labu sedangkan kawasan di KLIA masih luas untuk dibangunkan.
Jangan diikutkan kehendak Dato' Tony Fernandez yang lebih mementingkan diri untuk mendapatkan keuntungan daripada mendengar pandangan umum.
Post a Comment