Perniagaan merupakan pekerjaan yang mulia di sisi Islam. Di Malaysia, secara keseluruhannya, usaha menjalankan perniagaan secara Islam adalah amat menggalakkan, termasuk dikalangan gerakan-gerakan Islam. Ketiga-tiga gerakan Islam yang dikaji terbukti telah menyumbang dengan banyaknya kepada perkembangan perniagaan Islam di Malaysia. Kesemua mereka muncul sekitar zaman kebangkitan semula Islam. Mereka menggunakan koperasi sebagai wadah perniagaan Islam mereka.
Penekanan dan penghayatan terhadap tasawwur Islam secara menyeluruh walau bagaimanapun belum memberangsangkan. KBI, Kohilal dan KIMB banyak menumpukan usaha kepada sistem perniagaan secara Islam, dari segi muamalatnya. Ketiga-tiganya lebih banyak menekankan kepada peralatan-peralatan fizikal, material dan teknikal sebagai alat merealisasikan perniagaan Islam yang dicita-citakan.
Penekanan terhadap hanya peralatan-peralatan fizikal, material dan teknikal ini memberi implikasi yang sangat signifikan. Pertama, perniagaan-perniagaan Islam ini hanya menggunakan satu alat sahaja, yakni quwwah, dan kurang menggunakan satu lagi alat, yakni takwa, padahal takwa dijamin Allah swt sebagai sangat berkesan dalam mendapat bantuan Allah swt. Tanpa penekanan terhadap takwa, bukan sahaja bantuan Allah swt tidak sampai, keredhaan-Nya juga ditakuti tidak tercapai. Kedua, oleh kerana quwwah merupakan kekuatan perniagaan bukan Islam yang telah kukuh dan bertunjang kuat, adalah mustahil perniagaan-perniagaan Islam yang hanya menggunakan quwwah juga dapat mengatasi dan bersaing dengan mereka. Sebaliknya perniagaan-perniagaan Islam ini sepatutnya mengambil takwa sebagai alat ulung, yang tidak dimiliki oleh perniagaan bukan Islam, untuk bersaing dan mengatasi mereka secara sihat dan berkesan.
Kalau takwa dijadikan alat paksi menjayakan perniagaan Islam, dan quwwah dijadikan alat bantuan, kejayaan perniagaan Islam di Malaysia tentulah menjadi satu perkara yang pasti. Setakat ini, sumbangan gerakan-gerakan Islam di Malaysia dalam merealisasikan perniagaan Islam tidaklah sedikit. Sumbangan ini akan menjadi lebih berkesan dan bermakna kiranya penekanan terhadap takwa dijadikan kekuatan utama, manakala penekanan terhadap quwwah menjadi kekuatan sokongan. Keadaan sekarang di mana quwwah dijadikan kekuatan utama manakala takwa dijadikan kekuatan sokongan perlu diubah segera.
KHAIRUL IDZWAN IDRIS
Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

1 comment:
Sememangnya perniagaan gerakan Islam di Malaysia adalah perkara yang bagus dipraktikkan.Asalkan tiada unsur penyelewangan berlaku dari segi kaedah pendekatan ajaran agama Islam itu sendiri seperti mana 'Rufaqah' yang diwujudkan oleh gerakan Islam Al-Arqam yang mana ajaran pergerakan ini telah memesongkan akidah umat Islam di Malaysia sewaktu tika dahulu.
Post a Comment