Sunday, February 15, 2009

KE ARAH MENCAPAI WAWASAN 2020

Asasnya ialah negara mempunyai satu matlamat iaitu melalui satu Wawasan 2020 yang ditetapkan. Malaysia bercita-cita menjadi sebuah negara yang maju. Masyarakat akan digerakkan untuk menjadi satu masyarakat yang maju. Masyarakat dalam tahun 2020 adalah sebuah masyarakat yang merupakan network society di mana ciri pekerjaan dan hidup akan lebih berbeza daripada apa yang terdapat ada masa ini. Kita juga merupakan satu masyarakat global. Belia kita menggunakan telefon bimbit, dan kita sendiri mengunjungi fastfood outlets seperti mana orang di negara lain. Brand yang digunakan adalah brand universal.

Untuk mencapai status negara maju, kita perlu memenuhi beberapa kriteria. Yang menjadi persoalan ialah sama ada kita akan mencapai petanda itu padahal setakat ini kita belum lagi mencapai ciri yang ada pada negara maju pada masa kini. Apabila tiba tahun 2020, kita terpaksa mencapai satu pencapaian negara maju apabila negara maju pada masa ini akan maju dengan lebih jauh ke hadapan.

Kita membuat andaian bahawa kita akan mencapai ciri-ciri atau petanda negara maju pada tahun 2020. Ciri-ciri dalam Wawasan 2020 telah digariskan. Wawasan 2020 ini akan menentukan dua dimensi iaitu dimensi soft environ dan dimensi teknologi. Dimensi teknologi ini ibarat perkembangan ICT, alat-alat komunikasi, petanda ekonomi, perkembangan teknologinya, sementara dimensi soft environ ini pula ialah dari segi perkembangan masyarakat yang lebih humanistic seperti masyarakat yang prihatin, masyarakat yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan.

Kita dapati jumlah mereka yang menggunakan dadah sudah dan akan meningkat, rompakan dan rogol begitu banyak dilaporkan. Pengangguran harus diatasi. Displin sosial dikalangan ahli masyarakat akan terus berlaku. Masalah sosial masyarakat mungkin menghadkan pencapaian kita untuk mencapai Wawasan 2020. Komunikasi media massa memainkan peranan yang kurang berkesan jika dibandingkan dengan peranannya pada masa yang lalu kerana peranannya akan di ambil alih oleh blog dan jenis internet lain, tetapi bentuk komunikasi yang baru akan muncul untuk memandukan negara mencapai matlamatnya. Itu pun dalam aspek dimensi teknologi. Pada aspek kemanusiaan, masyarakat kita perlu dididik dan diasuh dengan lebih mendalam lagi. Jika tidak, kita laksana seekor binatang yang tidak tahu keindahan sekuntum bunga. Begitulah rakyat Malaysia yang tidak akan mengetahui keindahan teknologi yang moden yang ada dalam tangan kita dalam tahun 2020 ketika negara mencapai status negara maju. Moga-moga peranan media massa dan bentuk komunikasi yang lain boleh memainkan peranan untuk memupuk nilai kemanusiaan menjelang tahun 2020. InsyaAllah.


KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

1 comment:

JAY JAY said...

Tun telah melancarkan Wawasan 2020 untuk rakyat Malaysia mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 kelak. Wawasan ini ialah Malaysia akan menjadi negara perindustrian yang setaraf dengan negara negara Eropah dan Barat amnya di mana taraf hidup rakyat akan meningkat dari segenap segi. Pada ketika ini mampukah Malaysia mencapai tahap negara maju jika rakyat masih bersikap begini? :-

1. Tidak memperdulikan kebersihan
awam
2. Tidak menjaga harta awam
3. Tidak ada sikap mendisiplinkan
diri sendiri "self decipline"
4. Kadar jenayah yang tinggi
5. Tahap berpolitik yang tidak
matang dan berbaur perkauman
6. Sukar membentuk identiti
national
7. Pengagihan sumber ekonomi yang
tidak samarata antara kaum