Secara fizikalnya kita terlalu jauh untuk ke sana. Tetapi anda masih boleh membantu mereka melalui pendekatan ekonomi. Sejarah Perang Badr menujukkan Nabi Muhammad saw ada membuat sekatan ekonomi dengan menyekat rombongan dagang Arab Quraisy.Malah sebelum itu juga, Nabi Muhammad saw dan kaum Bani Hasyim juga pernah dihalang secara ekonomi sehingga mereka kehabisan makanan.
1. Boikot Barangan Israel - Syarikat Pro Israel
Senang untuk disebut tetapi sukar untuk dilaksanakan kerana kebergantungan kita terhadap barangan mereka masih tinggi.
2. Tidak Berurusniaga Dalam USD
Sebaik-baiknya ia dilakukan oleh semua negara Islam. Seharusnya sudah ada satu matawang khas untuk membolehkan negara Islam berdagang sesama mereka tanpa menggunakan USD.
3. Berniaga
Hanya akan betul-betul berkesan sekiranya umat Islam majoritinya berniaga dan mempunyai pelbagai servis dan produk untuk ditawarkan di pasaran. Sesungguhnya antara perkara terawal yang Nabi Muhammad saw buat selepas Hijrah dahulu pun adalah menyediakan pasar yang baru untuk memecahkan monopoli pasar Yahudi yang ada di Madinah.
4. Menyumbang kepada Pihak yang Tepat
Sepertimana yang dilakukan oleh Pemuda Barisan Nasional semasa Perhimpunan Barisan Bertindak Menentang Keganasan Israel pada 2 Januari 2009 yang lalu. Pada perhimpunan tersebut, YB Saudara Khairy Jamaludin sebagai Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional telah menyampaikan sumbangan ikhlas RM100,000 Pemuda Barisan Nasional kepada duta rasmi negara Palestin ke Malaysia, Abdel Aziz Abu Ghoush sebagai tanda simpati rakyat Malaysia terhadap penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin.
KHAIRUL IDZWAN IDRIS
Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan
1 comment:
Mungkin ada antara kita akan berkata.."banyak barang-barang keperluan asas la yang terlibat..macam mane nak boikot?" Ya,sekali lagi..mungkin susah untuk kita elak untuk membeli barangan asas contohnya seperti keluaran Nestle. Tapi apalah salahnya kalau kita cuba elak untuk membeli barangan yang bukan asas lainnya.
Kalaulah semua penduduk di Malaysia sepakat memboikot, boleh jatuh ekonomi mereka. Saudara kita di sana akan terus merana jika kita tidak berbuat apa-apa...
Post a Comment