Thursday, January 29, 2009

KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA

Merujuk kepada kenyataan Pengerusi Badan Pengurusan Dan Disiplin, UMNO Malaysia, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen semalam mengenai pandangan beliau terhadap gejala rasuah politik wang yang semakin menular di dalam parti UMNO sejak kebelakangan ini. Beliau menyifatkan adalah perlu tindakan sewajarnya di ambil ke atas mereka-mereka yang terlibat dalam gejala ini tidak mengira status atau pangkat. Selain itu, beliau berpendapat bahawa sayap-sayap parti UMNO itu sendiri termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera UMNO perlulah dikaji kewujudannya bagi membenteras gejala rasuah politik wang ini. Saya mewakili barisan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa sama sekali tidak bersetuju akan pandangan tersebut. Bagi Pemuda, niat perjuangan kami adalah murni sejak awal penubuhannnya iaitu ingin membantu kaum Melayu dalam memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu sebelum dan selepas merdeka. Sememangnya kita tidak boleh menidakkan sayap Pemuda UMNO ke atas sumbangan yang telah diberi kepada negara. Malah melalui sayap inilah, Pergerakan Pemuda UMNO telah melahirkan tokoh-tokoh negarawan Malaysia yang terbilang. Di antaranya; Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir, Tun Dr Ismail, Dato’ Harun Idris dan ramai lagi.

Diharapkan langkah penyusunan semula UMNO dapat dilakukan segera tanpa menjejaskan integriti parti. Janganlah disebabkan oleh mereka-meraka yang rakus mengejar pangkat dan harta seta mengamalkan gejala rasuah politik wang ini, seluruh sayap pergerakan parti UMNO perlu dihukum? Bak kata pepatah, ‘Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Renung-renungkanlah.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

2 comments:

Anonymous said...

Keluruhan Parti UMNO itu tiada salahnya. Cuma ada dikalangan mereka yang mentadbir, terikut-ikut mengejar harta, pangkat dan status. Orang seperti ini perlu dibuang kerana mereka inilah yang merosakkan imej parti dan meruntuhkan integriti kaum Melayu.

Saya menyokong benar pendapat saudara pengarang agar proses pengstrukturan dan penambahbaikkan semua sayap parti UMNO dilakukan dengan segera. Tidak perlu lagi sangsi atau mempersoalkan kewujudan sayap-sayap parti UMNO kerana sememangnya semenjak kewujudannya telah membawa manfaat kepada parti, bangsa dan negara.

Anonymous said...

Kami berdiri rapat bersama mendokong agenda perjuangan parti UMNO serta kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.