Wednesday, January 14, 2009

KAITAN SYARIKAT INSURANS DAN KRISIS SUBPRIMA

Syarikat insurans sebenarnya melaburkan duit premium anda. Dan selalunya syarikat insurans melabur dalam instrumen kewangan yang dikategorikan sebagai ‘low risk’ berbanding syarikat saham amanah yang lebih banyak menumpukan kepada pasaran saham.

Krisis sub prima berlaku sebab ada masalah dalam pasaran bon sub prime mortgage di US. Bon ini adalah salah satu jenis instrumen kewangan yang selalu dikatakan ‘low risk’.

Apabila pasaran bon ini bermasalah, maka mana-mana syarikat insurans yang ada pegangan dalam pasaran ini akan turut bermasalah. Oleh sebab itulah ada syarikat insurans di US, dana-dana pencen di US yang selalu menyebut perihal ‘low risk investment’ ini turut rugi besar dalam krisis subprima selain bank pelaburan.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

No comments: