Hendaklah kita sedar sepenuhnya pada masa ini kita sangat merasa selesa. Duduk dibawah pemerintahaan UMNO/BN, negara kita yang dihuni oleh berbagai-bagai kaum duduk dalam keadaan aman dan sejahtera tanpa gangguan seperti mana yang berlaku di Palestine, Selatan Thailand, Selatan Filipina, Somalia, Kenya, Nigeria, Colombia dan banyak negara lagi.
Kepada setengah warga, mereka tidak sedar bahawa keharmonian yang kita alami sekarang ini sebenarnya tidak datang menggolek tanpa usaha kepimpinan pihak pemerintah. Kita semua boleh mengamalkan agama dengan kebebasan yang mutlak serta boleh berniaga tanpa gangguan. Selain itu, pendidikkan turut diutamakan sepenuhnya, pembangunan prasarana dilipatkaligandakan dan kesukanan juga diberikan tumpuan. Aspek kesenian juga tidak ketinggalan malah ekonomi negara dijaga dengan rapi siang dan malam menunjukkan bahawa Malaysia negara yang aman dan makmur.
Kita boleh mengkritik sesuka hati tanpa had. Kita bebas berkarya tanpa sekatan. Komenlah, kritiklah, dan apapun jua, kita bisa melakukannya. Cuma jangan UMNO/BN dinyahkan, kerana dengan pemerintah itulah, negara kita selesa untuk diduduki sehingga kini.
KHAIRUL IDZWAN IDRIS
Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

No comments:
Post a Comment