Perniagaan adalah satu pekerjaan yang mulia di sisi Allah s.w.t. Bahkan terdapat dikalangan para nabi yang terlibat dengan aktiviti perniagaan. Umpamanya Nabi Idris terlibat dengan jahitan. Nabi Daud pula dengan pertukangan besi. Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah terlibat dengan perdagangan di negeri Syam. Oleh itu berniaga adalah satu sunat para nabi. Rasulullah s.a.w telah membawa khabar gembira kepada para peniaga yang mengamalkan sikap jujur dan amanah ketika mana mereka berurus niaga. Sabda rasulullah s.a.w:"Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, sodikin, orang-orang yang mati syahid pada hari kiamat kelak".(Riwayat At-Tarmizi Ibnu Majah)
Banyak kelebihan yang diperolehi oleh orang yang terlibat dengan perniagaan. Pintu rezeki terbuka luas bagi orang yang berniaga berbanding dengan bidang-bidang yang lain. Rasulullah s.a.w sendiri amat menggalakkan umatnya supaya berniaga. Bahkan dikalangan para sahabat Rasulullah terdapat sahabat yang terlibat secara aktif dalam perniagaan seperti Usman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan seumpamanya. Mereka adalah peniaga yang jujur, amanah dan hebat. Abdul Rahman bin Auf sendiri adalah salah seorang peniaga islam contoh. Beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah. Beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja. Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu darham dalam satu hari. Inilah kenyataan yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w: "Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki".(Riwayat Ahmad)
Sungguhpun Islam menggalakkan umatnya melibatkan diri dalam bidang perniagaan, namun mereka adalah terikat dengan Syariat Islam. Peniaga Islam perlu memahami hukum-hakam dalam perniagaan, supaya mereka tidak melanggar batas-batas hukum yang telah ditetapkan oleh allah s.w.t. Mereka tidak boleh menipu, tidak boleh memberi rasuah, tidak boleh terlibat dengan amalan riba' dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syariat islam.
Agama Islam amat tegas dalam amalan riba'. Islam menganggap riba' sebagai amalan yang keji dan tergolong sebagai salah satu dosa besar. Islam menolak segala bentuk amalan riba'. Rasulullah dengan tegasnya mengeji amalan berunsurkan riba'. Saidina Jabar r.a meriwayatkan sebuah hadis mengenai riba': Rasulullah s.a.w melaknat pemakanan riba', wakilnya, penulisannya, dua orang saksinya. Rasulullah s.a.w bersabda:"Kesemua mereka itu sama sahaja".(Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w dengan kerasnya mencela orang yang terlibat dengan amalan riba'. Mereka adalah golongan yang menekan dan menindas para peminjam. Justeru, allah s.w.t telah memberi peringatan kepada orang yang beriman supaya menjauhi amalan riba' dan seterusnya mengistiharkan perang kepada pemakan riba'. Firman allah s.w.t: "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki-baki riba' (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba' itu) ketahuilah kamu,akan adanya peperangan dari Allah dan Rasulnya (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, Dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa".(Al-Baqarah ayat 278-279)
Sesetengah orang menyangka bahawa harta yang haram itu adalah hasil daripada kerja mencuri atau merompak sahaja. Mereka lupa bahawa harta yang dihasilkan daripada riba' juga adalah haram. Lebih dahsyat lagi, apabila orang yang bergelumang dengan amalan riba' menganggap jual beli dan riba' adalah sama sahaja. Begitu juga antara peminjam konvensional (yakni pinjaman secara riba') dengan peminjam perbankkan islam, mereka menganggap adalah sama sahaja, sedangkan allah s.w.t hanya menghalalkan perniagaan, tetapi tidak menghalalkan riba'. Firman allah s.w.t: "Mereka mengatakan : "Bahawa sesungguhnya berjual-beli itu sama sahaja seperti riba'". Pada hal Allah telah menghalalkan jual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba'.(Al-Baqarah ayat 275)
Orang yang terlibat dengan riba' akan dicabut keberkatan dalam hidupnya. Firman allah s.w.t:"Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba', dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa".(Al-Baqarah ayat 276)

Bagaimana memperolehi keberkatan dalam hidup jika kehidupan berbaur dengan amalan riba'?. Apakah kita tidak terfikir bahawa harta yang diperolehi daripada pendapatan yang haram seperti riba', pasti tidak akan mendatangkan keberkatan?.
Di negara kita terdapat tidak kurang 19 institusi kewangan yang menjalankan perkhidmatan kewangan secara islam, bersih daripada unsur-unsur riba'. Kerajaan telah menyediakan pilihan kepada umat Islam untuk menggunakan perkhidmatan kewangan Islam. Para ulamak dan golongan pakar yang telah dilantik dan terlibat secara langsung dalam mengawal perjalanan perbankan Islam supaya selari dengan prinsip Syariah. Perbankan Islam di Malaysia telah berkembang aktif dan meluas. Justeru, umat Islam di Malaysia dengan mudah dapat menggunakan perkhidmatan kewangan Islam samada mereka tinggal di sebuah bandaraya yang besar atau pun disebuah pekan yang terpencil. Oleh itu, tidak ada sebab untuk umat Islam menggunakan perkhidmatan pinjaman daripada institusi kewangan yang berteraskan riba'. Apatah lagi dengan institusi kewangan dipasaran gelap seperti "Along" , yang bukan sahaja mengenakan faedah atau bunga yang tinggi, malah boleh mengancam nyawa mangsa yang tidak mampu melunaskan hutangnya.
Marilah kita memohon Inayah daripada Allah s.w.t, agar kita diberikan kekuatan untuk membebaskan diri serta dijauhi daripada terlibat dengan sistem riba' samada sebagai peniaga atau pun hanya seorang peminjam."Wahai orang-orang yang beriman!,janganlah kamu memakan (atau mengambil), riba' dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertakwa kepada allah, supaya kamu berjaya".(Ali-Imran ayat 130)
KHAIRUL IDZWAN IDRIS
Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerkan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan
3 comments:
sebenarnya saya ada sedikit kemusykilan sedikit ttg riba ni..
sebab..
semua yang saya tanya tidak dapat memuaskan hati saya..
oklah..sekarang ni kita mmg sedia maklum bahawa sememangnye amalan riba ini adalah haram di sisi islam..
tetapi, cuba kita lihat di zaman sekarang nie..rata2 penduduk malaysia sendiri mengamalkan riba'kan?
mmm...cthnya dalam pembelian kereta sendiri..
pembayaran ansuran dan dikenakan faedah juga dikatakan dalam golongan riba..
adakah kita bersubahat dalam hal ini?
itulah dlm zaman skang nie kita tak dpt lari lg sbb riba dok keliling kita je... mcm bank segala urusannya melibatkan riba.
bank islam pun sama... mcm penggunaan duit kertas pun melibatkan riba... dinar emas yg dpt elakkan riba... kita berusaha supaya elakkan diri..cth mcm nak beli barang yg kene byr ansuran...
cuba elakkan dgn simpan dulu duit kemudian beli secara tunai.mmg payah tp tanpa usaha tiada hasilnya...
mencelah sikit....
sebagai student ekonomi islam
tak setuju dgn pandangan bank islam pun ade riba...(pendapat peribadi)
untuk wujudkan bank islam bukan satu perkara yg amat mudah...
malayasia sendiri dgn bersusah payah berjaya mewujudkan bank islam pada tahun 1983 yang terikat dengan akta bank islam 1983...
agak lambat setelah instistusi perbankan didominasi oleh konvensional sekian lama
tujuan utama perbankan islam islam ditubuhkan menjalankan operasi perbankan tanpa riba'...
diawasi oleh majlis penasihat syariah...majlis ini bertanggungjawab memastikan operasi perbankan islam adalah bertepatan dengan syariat islam....
takat ni dulu...
Post a Comment