Thursday, January 29, 2009

MODAL INSAN DALAM EKONOMI

Tempoh 13 tahun yang tinggal untuk menuju matlamat negara maju bukanlah satu tempoh yang lama. Hanya modal insan yang diurus dengan cemerlang akan mampu merealisasikan wawasan murni negara ini. Perjalanan masa kita hingga menyinsingnya fajar 1 Januari 2020 adalah ibarat mendaki Gunung Everest. Kini kita sudah sampai separuh perjalanan untuk menuju ke puncaknya. Kekuatan untuk terus mendaki hingga ke puncak bergantung kepada kuatnya jiwa insan dan utuhnya iltizam. Untuk pengukuhan modal insan yang cekap menguasai kepakaran ekonomi dan bidang sosial harus menjadi agenda utama negara.

Modal insan dari segi ekonomi ini akan menyumbangkan kepada penambahan produktiviti, kualiti, pengeluaran, keuntungan dan sebagainya. Manakala sumbangan modal insan dalam bidang sosial adalah sesuatu yang sangat subjektif dan tidak boleh dinilai dengan angka atau peratusan. Tetapi kita boleh menyukat kejayaan hubungan etnik melalui ‘social capital’ atau modal sosial seperti adanya konsep kerjasama, keikhlasan, kejujuran rakyat sesebuah negara. Keadaan ini akan memberi kesan positif ke atas ekonomi dan politik negara. Dalam hal ini, kestabilan politik dan ekonomi yang dikecapi oleh Malaysia selama ini adalah berpaksikan kepada kekuatan hubungan etnik yang harmoni dan kerjasama dari pelbagai kaum.

Kesimpulannya, pembangunan fizikal negara harus diseimbangkan dengan pembangunan insan. Modal insan adalah prasyarat penting bagi memacu pertumbuhan ekonomi dengan berpaksikan pengetahuan serta teknologi. Pembangunan modal insan yang berkualiti bererti menghidupkan budaya kualiti dalam diri insan itu agar selari dengan permintaan organisasi. Usaha membina modal insan merupakan penentu kepada ‘survival’ negara selain elemen paling kritikal dalam mencapai Misi Nasional.

Kemudiannya nanti, mungkin Misi 2057 menjadi kesinambungan kemajuan negara selepas Wawasan 2020 akan dapat memeta masa depan negara di persada dunia dalam kedua-dua aspek fizikal dan keinsanan. Semoga nanti terzahir aspirasi kerajaan ke arah pengurusan dan pembangunan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA

Merujuk kepada kenyataan Pengerusi Badan Pengurusan Dan Disiplin, UMNO Malaysia, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen semalam mengenai pandangan beliau terhadap gejala rasuah politik wang yang semakin menular di dalam parti UMNO sejak kebelakangan ini. Beliau menyifatkan adalah perlu tindakan sewajarnya di ambil ke atas mereka-mereka yang terlibat dalam gejala ini tidak mengira status atau pangkat. Selain itu, beliau berpendapat bahawa sayap-sayap parti UMNO itu sendiri termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera UMNO perlulah dikaji kewujudannya bagi membenteras gejala rasuah politik wang ini. Saya mewakili barisan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa sama sekali tidak bersetuju akan pandangan tersebut. Bagi Pemuda, niat perjuangan kami adalah murni sejak awal penubuhannnya iaitu ingin membantu kaum Melayu dalam memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu sebelum dan selepas merdeka. Sememangnya kita tidak boleh menidakkan sayap Pemuda UMNO ke atas sumbangan yang telah diberi kepada negara. Malah melalui sayap inilah, Pergerakan Pemuda UMNO telah melahirkan tokoh-tokoh negarawan Malaysia yang terbilang. Di antaranya; Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir, Tun Dr Ismail, Dato’ Harun Idris dan ramai lagi.

Diharapkan langkah penyusunan semula UMNO dapat dilakukan segera tanpa menjejaskan integriti parti. Janganlah disebabkan oleh mereka-meraka yang rakus mengejar pangkat dan harta seta mengamalkan gejala rasuah politik wang ini, seluruh sayap pergerakan parti UMNO perlu dihukum? Bak kata pepatah, ‘Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Renung-renungkanlah.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

Monday, January 26, 2009

FOREX: HARUS ATAU HARAM?


FOREX (Foreign Exchange) didefinasikan sebagai Perdagangan Matawang Asing. Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan matawang suatu negara terhadap matawang negara lain yang melibatkan pasaran matawang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan.

Benar, memang FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari hadith Nabi yang sahih. Iaitu;

Dalam menukar wang dengan wang, Nabi telah menyebut garis panduan yang mesti dipatuhi iaitu : Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama. Ia disebut dalam hadis sebagai ‘yadan bi yadin’. Dalam bahasa Inggerisnya adalah ‘on the spot basis’. Ia berdasarkan Hadis Riwayat Muslim;

Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan), perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus (pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai.

FOREX dalam matawang yang diuruskan secara konvensional yang tidak menjaga syarat dikategorikan sebagai ‘Riba an-Nasiah’. Ini kerana kebanyakan FOREX yang dijalankan oleh institusi Konvensional adalah ‘Forward FOREX’ atau Forex yang menggunakan ‘Value forward’(nilai masa hadapan) yang tergolong dalam ‘Riba an-Nasiah’. Forex yang menggunakan nilai ‘Forward’ ini sememangnya diketahui mampu menghasilkan untung yang lebih berbanding ‘Spot’ dalam kebanyakan keadaan jika tepat penggunaannya.

Mestilah terdapat serah terima atau disebut ‘qabadh’ dalam Islam secara benar iaitu ‘hakiki’ atau ‘hukmi’ pada waktu yang sama. Masalah dalam implementasi FOREX adalah bertangguh dalam penyerahan dari kedua-dua pihak dan secara automatik aqad menjadi batal.

FOREX yang diuruskan oleh konvensional tidak menjaga syarat ini, lalu ia terbatal dan termasuk dalam bab menjual sesuatu sebelum memilikinya yang diharamkan oleh Nabi Muhamad s.a.w. Selain itu, FOREX ini juga amat terdedah kepada unsur spekulasi berlebihan yang boleh menyebabkan ia termasuk dalam katergori perjudian. Walaubagaimanapun, tidak di nafikan unsur ini agak sukar untuk ditetapkan kadarnya.

Tidak saya nafikan, bahawa terdapat sesetengah Bank-Bank Islam juga ada yang melakukan forex ini setelah mendapatkan kelulusan Majlis Penasihat Shariah mereka. Kebanyakan mereka ini melakukan FOREX jenis ‘Spot’ dan bukannya jenis ‘Forward’. Apa yang pasti, sudah tentu majlis Shariah telah meletakkan beberapa syarat dan bukannya secara bebas begitu sahaja. Berkenaan Pelaburan Swiss yang diuruskan oleh badan Konvensional, maka sudah tentu ia tidak meletakkan sebarang perhatian kepada syarat-syarat yang ditentukan Shariah. Pemain-pemain forex kelihatan bersungguh-sungguh cuba mempertahankan keharusannya, pelbagai fatwa dibentang dan diusulkan. Hakikatnya, semua fatwa keharusan adalah tertakluk kepada syarat di atas dan bukannya secara mutlak. Secara mudah, bagi saya, anda perlu memastikan siapa yang menguruskan transaksi ‘permainan forex’ anda, adakah sebuah institusi kewangan Islam atau konvensional? Jika institusi kewangan Islam, penasihat Shariah akan menanggung tanggungjawab. Justeru, ia adalah harus bagi orang awam selagi penasihat Shariah ini mengatakannya harus.

Bagaimanapun dalam hal Pelaburan Swiss yang menggunakan FOREX sebagai instrumennya, ternyata ianya beroperasi sebagai sebuah institusi kewangan konvensional dan kapitalis. Sesebuah institusi kewangan konvensional sudah pasti akan menggunakan instrument forex tanpa sebarang ikatan syarat yang ditetapkan Shariah di atas. Tanpa syarat itu, transaksi antara matawang dengan matawang secara tangguh akan menghasilkan ‘Riba an-Nasiah’ yang diharamkan secara sepakat oleh seluruh Ulama Islam. Diharapkan agar semua umat Islam peka dan celik ke atas pelaburan FOREX ini. Renung-renungkanlah.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

PERANGI YAHUDI,BANGSA LAKNATULLAH

Firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi yang memang tidak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka, bahawa mereka akan menerima seksa yang pedih (3:21)

Demikian pula perilaku orang-orang Yahudi di zaman Nabi Muhammad saw, hampir relatif sama dengan para nenek moyangnya. Mereka sangat membenci, hasad, iri dan dengki terhadap Rasulullah dan para sahabatnya. Mereka berusaha dengan berbagai macam cara (halus maupun kasar) agar kaum Muslimin meninggalkan ajaran agamanya dan kembali menjadi kufur seperti mereka.

Firman-Nya: Sebahagian besar Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran, setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran ... (2: 109)

Sejarah juga telah mencatat, bahawa hampir seluruh perjanjian yang dibuat antara mereka dan Rasulullah saw, selalu mereka khianati. Kerana itu, tidaklah mengherankan jika sekarang pun mereka melakukan hal yang sama. Mengkhianati hampir seluruh perjanjian damai dengan bangsa Palestina, bahkan dengan bongkaknya mereka pun tidak mau tunduk kepada resolusi-resolusi yang telah dihasilkan Dewan Keamanan PBB tentang perdamaian Timur Tengah.

Sesungguhnya sikap arogan mereka ini adalah pengulangan sejarah yang telah pernah terjadi sebelumnya, sekaligus sebagai bukti kebenaran firman Allah SWT yang bersifat mutlak absolut dan universal. Kerana itu, apa pun alasannya, hendaknya pemerintah tidak membuka hubungan dagang, apalagi hubungan diplomatik, dengan Israel, kerana ia hanyalah akan merugikan kita semua, sebagai bangsa yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Abu Sa’id Al Khudri mendengar Rasulullah bersabda; ‘Sungguh kalian telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sampai pun merka masuk ke dalam liang biawak, kalian pun akan mengikuti mereka. Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani?” Beliau bersabda: ‘Siapa lagi?’

Apalagi Al Quran dan sejarah perjalanan kehidupan umat sudah memberikan peringatan kepada kita semua, kecuali jika kita memang akan menjadi bangsa yang sombong seperti mereka yang sudah tidak peduli lagi pada ayat-ayat Allah SWT.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

Saturday, January 24, 2009

AMALAN RIBA DALAM PERNIAGAAN DAN KESANNYA DALAM KEHIDUPAN

Perniagaan adalah satu pekerjaan yang mulia di sisi Allah s.w.t. Bahkan terdapat dikalangan para nabi yang terlibat dengan aktiviti perniagaan. Umpamanya Nabi Idris terlibat dengan jahitan. Nabi Daud pula dengan pertukangan besi. Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah terlibat dengan perdagangan di negeri Syam. Oleh itu berniaga adalah satu sunat para nabi. Rasulullah s.a.w telah membawa khabar gembira kepada para peniaga yang mengamalkan sikap jujur dan amanah ketika mana mereka berurus niaga. Sabda rasulullah s.a.w:"Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, sodikin, orang-orang yang mati syahid pada hari kiamat kelak".(Riwayat At-Tarmizi Ibnu Majah)

Banyak kelebihan yang diperolehi oleh orang yang terlibat dengan perniagaan. Pintu rezeki terbuka luas bagi orang yang berniaga berbanding dengan bidang-bidang yang lain. Rasulullah s.a.w sendiri amat menggalakkan umatnya supaya berniaga. Bahkan dikalangan para sahabat Rasulullah terdapat sahabat yang terlibat secara aktif dalam perniagaan seperti Usman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan seumpamanya. Mereka adalah peniaga yang jujur, amanah dan hebat. Abdul Rahman bin Auf sendiri adalah salah seorang peniaga islam contoh. Beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah. Beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja. Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu darham dalam satu hari. Inilah kenyataan yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w: "Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki".(Riwayat Ahmad)

Sungguhpun Islam menggalakkan umatnya melibatkan diri dalam bidang perniagaan, namun mereka adalah terikat dengan Syariat Islam. Peniaga Islam perlu memahami hukum-hakam dalam perniagaan, supaya mereka tidak melanggar batas-batas hukum yang telah ditetapkan oleh allah s.w.t. Mereka tidak boleh menipu, tidak boleh memberi rasuah, tidak boleh terlibat dengan amalan riba' dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syariat islam.

Agama Islam amat tegas dalam amalan riba'. Islam menganggap riba' sebagai amalan yang keji dan tergolong sebagai salah satu dosa besar. Islam menolak segala bentuk amalan riba'. Rasulullah dengan tegasnya mengeji amalan berunsurkan riba'. Saidina Jabar r.a meriwayatkan sebuah hadis mengenai riba': Rasulullah s.a.w melaknat pemakanan riba', wakilnya, penulisannya, dua orang saksinya. Rasulullah s.a.w bersabda:"Kesemua mereka itu sama sahaja".(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dengan kerasnya mencela orang yang terlibat dengan amalan riba'. Mereka adalah golongan yang menekan dan menindas para peminjam. Justeru, allah s.w.t telah memberi peringatan kepada orang yang beriman supaya menjauhi amalan riba' dan seterusnya mengistiharkan perang kepada pemakan riba'. Firman allah s.w.t: "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki-baki riba' (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba' itu) ketahuilah kamu,akan adanya peperangan dari Allah dan Rasulnya (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, Dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa".(Al-Baqarah ayat 278-279)

Sesetengah orang menyangka bahawa harta yang haram itu adalah hasil daripada kerja mencuri atau merompak sahaja. Mereka lupa bahawa harta yang dihasilkan daripada riba' juga adalah haram. Lebih dahsyat lagi, apabila orang yang bergelumang dengan amalan riba' menganggap jual beli dan riba' adalah sama sahaja. Begitu juga antara peminjam konvensional (yakni pinjaman secara riba') dengan peminjam perbankkan islam, mereka menganggap adalah sama sahaja, sedangkan allah s.w.t hanya menghalalkan perniagaan, tetapi tidak menghalalkan riba'. Firman allah s.w.t: "Mereka mengatakan : "Bahawa sesungguhnya berjual-beli itu sama sahaja seperti riba'". Pada hal Allah telah menghalalkan jual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba'.(Al-Baqarah ayat 275)

Orang yang terlibat dengan riba' akan dicabut keberkatan dalam hidupnya. Firman allah s.w.t:"Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba', dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa".(Al-Baqarah ayat 276)

Bagaimana memperolehi keberkatan dalam hidup jika kehidupan berbaur dengan amalan riba'?. Apakah kita tidak terfikir bahawa harta yang diperolehi daripada pendapatan yang haram seperti riba', pasti tidak akan mendatangkan keberkatan?.

Di negara kita terdapat tidak kurang 19 institusi kewangan yang menjalankan perkhidmatan kewangan secara islam, bersih daripada unsur-unsur riba'. Kerajaan telah menyediakan pilihan kepada umat Islam untuk menggunakan perkhidmatan kewangan Islam. Para ulamak dan golongan pakar yang telah dilantik dan terlibat secara langsung dalam mengawal perjalanan perbankan Islam supaya selari dengan prinsip Syariah. Perbankan Islam di Malaysia telah berkembang aktif dan meluas. Justeru, umat Islam di Malaysia dengan mudah dapat menggunakan perkhidmatan kewangan Islam samada mereka tinggal di sebuah bandaraya yang besar atau pun disebuah pekan yang terpencil. Oleh itu, tidak ada sebab untuk umat Islam menggunakan perkhidmatan pinjaman daripada institusi kewangan yang berteraskan riba'. Apatah lagi dengan institusi kewangan dipasaran gelap seperti "Along" , yang bukan sahaja mengenakan faedah atau bunga yang tinggi, malah boleh mengancam nyawa mangsa yang tidak mampu melunaskan hutangnya.

Marilah kita memohon Inayah daripada Allah s.w.t, agar kita diberikan kekuatan untuk membebaskan diri serta dijauhi daripada terlibat dengan sistem riba' samada sebagai peniaga atau pun hanya seorang peminjam."Wahai orang-orang yang beriman!,janganlah kamu memakan (atau mengambil), riba' dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertakwa kepada allah, supaya kamu berjaya".(Ali-Imran ayat 130)

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerkan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

KENAPAKAH ZAKAT MELAHIRKAN KEBERKATAN


Jawapannya mudah, kerana ia adalah anugerah Allah. Apabila Allah s.w.t. mengarahkan sesuatu syariat dilaksanakan, semestinya di sana wujud pelbagai hikmah dan kebaikan. Hikmah bersolat misalnya menatijahkan kejayaan dari aspek disiplin diri. Hikmah haji melahirkan kesatuan ummah dan integrasi antarabangsa. Hikmah berpuasa pula menumbuhkan ketaatan dan kesabaran kepada Allah s.w.t. Maka, hikmah zakat pula menghasilkan kehidupan yang adil dan saksama.

Berkat pada hakikatnya adalah subjektif sifatnya. Ia tidak nampak oleh mata kasar namun dapat dirasai oleh mereka yang dipilih Allah. Namun, kehadiran berkat dapat disaksikan oleh mata. Sebagai contoh, apabila rumah tangga yang dibina aman damai, isteri menghormati suami, anak-anak mematuhi ibu bapa dan suami sendiri menjadi suami mithali, adalah pertanda keberkatan. Pertunjuk lain, ialah apabila rezeki dikurniakan Allah sentiasa mencukupi, tidak terjadinya banyak masalah dalam kehidupan, urusan seharian dimudahkan Allah dan sebagainya lagi adalah indikator keberkatan hidup mungkin telah dikurniakan Allah s.w.t.

Firman Allah yang bermaksud: Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (al-Baqarah: 274).

Zakat adalah satu jalan dari pelbagai jalan alternatif demi mendapat keberkatan hidup. Jika tidak, masakan Islam mewajibkan zakat dan mengangkat ibadat itu sebagai satu daripada lima tiang agama Islam. Apabila zakat dihayati,maka barulah lahir keindahannya.

Apakah kita tidak teringin mendapat habuan di dunia dengan hidup di dalam kedamaian dan hidup di akhirat kelak terhindar dari bakaran? Ingatlah, memberikan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat juga adalah sebahagian daripada hak-hak badan kita yang perlu ditunaikan.

Bak kata hadis nabi: Jasad kamu mempunyai hak, adalah menjadi tanggungjawab kamu untuk memberikannya hak-hak tersebut. (riwayat Bukhari dan Muslim). Oleh itu, marilah kita berzakat dengan seikhlas hati. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat nanti.


KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

Friday, January 16, 2009

'DUKE' UNTUK SEMUA





Duta-Ulu Klang Expressway, DUKE telah selamat dibuka kepada orang ramai pada 5 Januari yang lalu. Lebuhraya yang menelan belanja RM 890 juta sepanjang 18 km itu dibina atas initiatif kerajaan Barisan Nasional untuk menyediakan kemudahan infrastruktur yang terbaik kepada rakyat malah memudahkan serta mempercepatkan lagi masa perjalanan penduduk di Lembah Klang.

Lebuhraya Duke ini melibatkan tujuh persimpangan iaitu persimpangan Duta, Kuching, Ayer Jernih, Jalan Pahang, Semarak, Setiawangsa dan Hillview. Kami mewakili Sayap Pergerakan Pemuda UMNO Setiawangsa ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Zulhasnan Rafique atas usaha dan keperhatinan beliau dalam mempercepatkan pembinaan Lebuhraya Duke ini yang sepatutnya dibuka pada April 2009. Kami amat menghargainya.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

PENDEKATAN ISLAM DALAM KRISIS WALL STREET


Apa yang berlaku di Wall Street jelas menunjukkan bahawa sistem kewangan dan ekonomi Barat yang tidak berasas nilai dan moral keagamaan telah membawa malapetaka besar kepada manusia. Sistem kapitalisme yang hanya mementingkan kumpulan kecil dan individu tidak lagi sesuai untuk diamalkan oleh manusia.

Setelah kemeruduman sistem sosialisme Soviet pada awal era 1990-an, dunia menyaksikan satu lagi sistem mengalami kehancuran yang juga berpaksi kepada materialisme melalui ekonomi. Hari ini sistem pasaran bebas yang berasaskan 'tangan tersembunyi' dalam pasaran permintaan dan penawaran hasil teori Adam Smith telah menemui kegagalan. Sistem perbankan Barat yang berpokokkan riba itu telah membawa kesengsaraan kepada peminjamnya.

Ini masanya Islam (yang kononnya dianggap agama keganasan) menawarkan alternatif iaitu sistem pelaburan berasaskan syariah. Para pelabur itulah yang menjadi pengganas kewangan pasaran bebas Barat. Sistem pelaburan Islam ini menolak sebarang pelaburan berisiko spekulatif dan ketamakan menggila yang tidak memikirkan masyarakat umum. Ini kerana dalam sistem ini yang kuat sahaja akan hidup dalam persaingan yang sengit itu.

Hakikatnya sekarang ini pelaburan-pelaburan berasaskan syariah Islam di pasaran Barat telah berkembang sehingga mencecah setengah trilion dolar Amerika. Memandang kemelut sistem kewangan Barat dan krisis di Wall Street, ramai pakar kewangan Barat sedang mengkaji sistem pelaburan Islam.

Malah mereka memikirkan dapatkah sistem kewangan ini mengelakkan daripada berlaku kecairan yang dialami oleh pasaran-pasaran di Amerika yang disebabkan oleh hutang cagaran dan sekuriti-sekuriti yang didukungi cagaran. Dalam hal ini terdapat dua prinsip asas kewangan Islam yang dapat dijadikan sistem alternatif kepada sistem kewangan Barat.
Pertama merujuk kepada ayat al-Quran mengharamkan al-Maysir atau risiko spekulatif dengan mengingatkan orang beriman mengelakkan kegiatan atau permainan seperti ini. Allah berfirman: "Mereka bertanya kepada engkau (Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah, "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya."

Judi dalam hal ini dikaitkan dengan kegiatan spekulatif kerana kebarangkalian kerugiannya lebih tinggi daripada kebarangkalian keuntungan. Pelaburan berasaskan syariah mengelakkan daripada terlibat dalam spekulasi risiko termasuklah opsyen kadar faedah, derivatif dan pelbagai produk dana perlindungan. Kebanyakan produk kewangan menarik minat spekulator dengan harapan mengaut keuntungan dengan cepat. Apabila pengarah dana di bawah tekanan institusi terpaksa mempamerkan keuntungannya, maka jalan pintas harus diambil dengan kegiatan spekulasi risiko, pelaburan dana perlindungan yang kini telah bertukar menjadi strategi membunuh diri kerana membawa kepada malapetaka kewangan.

Dalam penujuan ke arah libidonomics (ekonomi keserakahan nafsu yang tanpa batasan) dan ketamakan menggila, kegiatan pelaburan biasa dalam syarikat-syarikat tidak lagi menarik minat pelabur malah sesuatu yang membosankan kepada mereka. Ini kerana jumlah keuntungan yang diperolehi berjangka panjang dan kadar pulangannya adalah rendah. Islam mementingkan pelaburan yang walaupun berisiko tetapi bersifat projek- projek kemanfaatan sosial kerana ia melarang pelaburan dalam syarikat-syarikat dikaitkan dengan arak, perjudian atau pornografi atau sebarang kegiatan yang membawa kepada keburukan kepada manusia atau menjejaskan keselamatan dan kesihatan manusia.

Keduanya Islam mengharamkan pelaburan dikaitkan dengan riba. Al-Quran mengharamkan pelaburan pasif atau tiada risiko langsung. Pengharaman terhadap riba, faedah yang dikenakan ke atas pinjaman adalah haram dalam Islam. Hutang dan pinjaman tidak dilarang tetapi pengenaan kadar faedahnya dilarang dalam Islam. Ia bertentangan dengan syariah.
Islam menolak sama sekali sebarang perdebatan dengan hujah bahawa riba adalah bersamaan dengan keuntungan. Al-Quran membenarkan perdagangan tetapi mengharamkan riba atau kadar bunga. Perkara ini dapat dirujuk kepada surah Al-Baqarah ayat 275 (2:275).
Pengharaman riba dikenakan bukan sahaja bagi menyelamatkan golongan miskin daripada peminjam tamak dan yang tidak bertimbang rasa tetapi juga menghalang para pelabur yang mahukan pulangan segera dengan mengambil jalan pintas atau terlibat dalam perdagangan perjudian atau pertaruhan berisiko tinggi contohnya bersandarkan kepada cagaran atau gadaian tetapi enggan melibatkan pelaburan dalam perdagangan yang membawa manfaat kepada masyarakat.

Ini amat bertentangan dengan prinsip Islam. Contohnya amat ketara dalam kes subprima yang membawa kemudaratan kepada pasaran kewangan di AS. Pertama, bayangkanlah hutang yang dikenakan kadar bunga yang tinggi diberikan kepada peminjam yang sudah tentu tidak dapat membayar balik pinjamannya. Ini adalah riba.

Kedua, cagaran atau gadaian hartanah bukan lagi merupakan keputusan pelaburan yang bijak memandangkan beberapa pelaburan dalam hartanah dinilai pada harga yang dibesar-besarkan atau harga spekulasi sahaja dan bukan harga sebenarnya. Bank-bank pelaburan dan pakar-pakar kewangan di Wall Street yang menjaminkan hutang-hutang cagaran menjadikannya sekuriti dengan kadar faedah. Sekuriti-sekuriti mula menampakkan kegagalan apabila aset yang mendasarinya dirampas. Hutang itu hangus dan pemegang atau pemiliknya menjadi bankrap.

Oleh itu antara pengharaman maysir (spekulatif risiko) dan riba, undang-undang Islam membenarkan kreativiti dalam pasaran kewangan yang memboleh para pelabur menggerakkan wang tambahan untuk pengeluaran dan pengagihan barangan dan perkhidmatan yang halal untuk kemanfaatan masyarakat.


KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

WASIAT INSTRUMEN BIJAK PENGURUSAN HARTA


WASIAT adalah instrumen dan mekanisma terbaik kepada pengurusan dan pentadbiran aset dalam Islam. Tuntutan berwasiat tidak hanya kepada orang kaya dan berharta, malah orang miskin dan tidak berkemampuan perlu berwasiat sebelum menghembus nafas terakhir. Persepsi bahawa wasiat hanya aplikasi pengurusan dan pentadbiran harta orang kaya dan gaya hidup mewah perlu diubah segera. Ini kerana wasiat disyariatkan kepada seluruh umat manusia, termasuk bukan Islam.

Sekitar tahun 1990-an, kita dikejutkan dengan laporan hampir RM30 bilion nilai aset umat Islam dibekukan dan tidak dituntut akibat kematian yang rata-ratanya tanpa wasiat di samping sistem pentadbiran dan pengurusan harta yang lemah. Terkini kita digemparkan sekali lagi dengan hampir RM40 bilion nilaian semasa aset umat Islam di Malaysia yang tidak dituntut atas alasan sama. Situasi genting itu berikutan kelalaian umat Islam mentadbir harta mereka menurut syariat dan kurangnya maklumat serta rendahnya kesedaran berwasiat.

Isu yang dianggap sensitif bagi sesetengah pihak dan dianggap tidak penting serta dipandang remeh sudah membelenggu umat Islam sejak dulu lagi hingga di zaman serba moden dan sofistikated ini.

Lantaran itu, ia turut mendapat perhatian serius Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggesa umat Islam agar mengambil berat dan tidak lagi memandang ringan mengenai pengurusan dan pentadbiran harta mereka iaitu melalui alternatif penyediaan wasiat ketika masih hidup lagi. Islam menyediakan platform terbaik untuk mengurus dan mentadbir harta secara lebih bijaksana, namun ruang dan peluang berkenaan tidak digunakan sepenuhnya.

Jika umat Islam masih memandang remeh mengenai penyediaan wasiat ke atas harta di bawah milikan dan kawalan mereka, sudah tentu nilaian aset tidak dituntut umat Islam akan terus bertambah dan dibekukan. Kelalaian itu amat tidak ekonomik dan amat merugikan negara. Seharusnya aset bernilai itu ditadbir dan diurus sebaik mungkin agar ia bermanfaat kepada pihak yang memerlukan atau boleh disalurkan terus ke arah perkembangan dan kemajuan Islam. Menurut istilah syarak, wasiat adalah pemberian seseorang kepada orang lain baik berupa wang, hutang ataupun manfaat untuk dimiliki oleh orang yang diberi wasiat sesudah orang yang berwasiat meninggal dunia.

Legaliti dan legitimasi wasiat adalah berpandukan firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 180 yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan tanda-tanda kematian, jika dia meninggalkan harta yang banyak, berwasiatlah untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf. Ini adalah kewajipan atas orang yang bertakwa.”

Dalam sebuah hadis, dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Hak bagi seorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan, sesudah bermalam selama dua malam tiada lain wasiatnya itu tertulis pada amal kebajikannya.”

Ibnu Umar berkata: “Tidak berlalu bagiku satu malam pun sejak aku mendengar Rasulullah s.a.w mengucapkan hadis itu kecuali wasiatku selalu berada di sisiku.” (HR Bukhari dan Muslim).

Terdapat beberapa kelebihan jika kita membuat persediaan awal menyediakan wasiat sebagai satu daripada proses pengurusan dan pentadbiran aset di bawah kawalan dan milikan kita. Ini adalah kerana ia dapat diselenggarakan dengan baik, cekap dan profesional dengan kos yang minimum.

Wasiat kita dapat diurus dan ditadbir oleh orang yang bertauliah seperti peguam dan ejen wasiat yang mempunyai kelayakan dalam mengendalikan segala urusan berkenaan wasiat merangkumi aspek dokumentasi, penyimpanan, pengurusan, pemeliharaan sehingga kepada urusan pelaksanaan wasiat jika berlaku kematian. Proses tuntutan harta pusaka juga menjadi lebih cepat, mudah dan lancar dengan adanya wasiat yang sah. Ini sudah tentu dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan, perselisihan dan perebutan harta di kalangan waris yang berhak pada masa depan.

Di Malaysia terdapat agensi kerajaan seperti Amanah Raya Berhad (ARB) dan agensi swasta seperti Amanah Hibah dan Warisan MUKMIN yang menyediakan khidmat pengurusan dan pentadbiran wasiat secara profesional dan sistematik. Kebiasaannya aset yang dilaporkan terpaksa dibekukan kerana tidak dituntut oleh pewaris berhak meliputi wang simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), simpanan di koperasi dan bank, kereta, hartanah seperti rumah dan bangunan, simpanan saham amanah, insurans dan pelaburan saham syarikat.

Sekiranya keadaan itu tidak diberi perhatian sewajarnya, ia boleh memberi impak negatif kepada perkembangan ekonomi negara kerana aset berkenaan beku dan tidak dapat dimajukan sewajarnya. Kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi menerapkan kepentingan berwasiat dan semua pihak hendaklah peka mengenai mentadbir serta mengurus harta mereka melalui medium wasiat.


KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

Wednesday, January 14, 2009

NEW OUTLOOK IN BUSINESS BANKING

These are interesting times for the business of banking, to say the least. An economic crisis, a hurried consolidation process and the impending liberalization of banking policies mean that local bankers have a plethora of new challenges facing them.

For starters, local banks are unlikely to forget the effects that corporate failures had on them during the recent crisis. In fact, it is that sentiment which is driving many banks to turn their focus from large corporate clients to small and medium sized businesses and the good old retail customers.

The local banks are now scurrying to lend to SMIs with strong cash flows. These range from your neighborhood provision store to the export oriented manufacturer. Banks are no longer as eager to take on the large corporate clients as a few failures can cause the whole bank to be shaken.

Industry observers say that this is in line with a very clear banking trend - a move from interest bearing income to one of fee based revenue. The rationale is simple enough. Interest income from large loans, if not hedged properly, can be adversely affected by sharp movements in the interest rate environment as seen in 1997. Fee based income on the other hand, is more controllable and with sufficient volumes, can prove to be a substantial contributor to a bank’s profits.

However, the challenge for the banks would be to maintain their profits. For me as a senior banker, one side-effect of the merger exercise could be that foreign banks may stand to gain market share at the expense of the local players ‘caught up in the merger exercise’. It is important for the local banks not to lose sight of the business as foreign banks are already aware of the possible opportunities that will arise as local banks use their resources on their respective integration issues.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan


TOWARDS A DEVELOPED AND INDUSTRIALIZED SOCIETY

Attainment of the goals of Vision 2020 is dependent on sustained economic growth largely based on export of manufactured goods. Malaysia’s competitiveness on the world market is therefore a crucial factor.

Industrial competitiveness is a function of technology and innovation. Strategic considerations to maintain industrial competitiveness would require bold measures to enhance the existing processes and mechanism in planning and management, the R & D delivery system and human resource development.

Four strategies are put forward in connection with the above. These are past exploitative, future innovative, buy-some / make-some, be world leader / not mere follower and work hard and work smart.

The main point is to stage a concerted public and private sector effort in making Malaysia a truly industrial economy with wide application of research and technology in all the productive sectors, in attaining supremacy in national technology target areas, in having a large pool of highly productive, multi-skilled workforce and in fostering a culture of continuous learning and innovation.

Several actions are suggested, all being hinged on our having a high capacity in prospecting for choosing a future and working towards that future. Prospecting is a prerequisite to planning and to decision making in all sectors which would then drive the necessary institutional and attitudinal reorganizations, the final steps in building a comprehensive commitment to ensuring the relevance and effectiveness of strategies in contributing to Vision 2020.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

APA YANG ANDA BOLEH BUAT UNTUK BANTU PALESTIN

Secara fizikalnya kita terlalu jauh untuk ke sana. Tetapi anda masih boleh membantu mereka melalui pendekatan ekonomi. Sejarah Perang Badr menujukkan Nabi Muhammad saw ada membuat sekatan ekonomi dengan menyekat rombongan dagang Arab Quraisy.Malah sebelum itu juga, Nabi Muhammad saw dan kaum Bani Hasyim juga pernah dihalang secara ekonomi sehingga mereka kehabisan makanan.

1. Boikot Barangan Israel - Syarikat Pro Israel

Senang untuk disebut tetapi sukar untuk dilaksanakan kerana kebergantungan kita terhadap barangan mereka masih tinggi.

2. Tidak Berurusniaga Dalam USD

Sebaik-baiknya ia dilakukan oleh semua negara Islam. Seharusnya sudah ada satu matawang khas untuk membolehkan negara Islam berdagang sesama mereka tanpa menggunakan USD.

3. Berniaga

Hanya akan betul-betul berkesan sekiranya umat Islam majoritinya berniaga dan mempunyai pelbagai servis dan produk untuk ditawarkan di pasaran. Sesungguhnya antara perkara terawal yang Nabi Muhammad saw buat selepas Hijrah dahulu pun adalah menyediakan pasar yang baru untuk memecahkan monopoli pasar Yahudi yang ada di Madinah.

4. Menyumbang kepada Pihak yang Tepat

Sepertimana yang dilakukan oleh Pemuda Barisan Nasional semasa Perhimpunan Barisan Bertindak Menentang Keganasan Israel pada 2 Januari 2009 yang lalu. Pada perhimpunan tersebut, YB Saudara Khairy Jamaludin sebagai Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional telah menyampaikan sumbangan ikhlas RM100,000 Pemuda Barisan Nasional kepada duta rasmi negara Palestin ke Malaysia, Abdel Aziz Abu Ghoush sebagai tanda simpati rakyat Malaysia terhadap penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

HIDUP SELESA DAN HARMONI DI MALAYSIA

Hendaklah kita sedar sepenuhnya pada masa ini kita sangat merasa selesa. Duduk dibawah pemerintahaan UMNO/BN, negara kita yang dihuni oleh berbagai-bagai kaum duduk dalam keadaan aman dan sejahtera tanpa gangguan seperti mana yang berlaku di Palestine, Selatan Thailand, Selatan Filipina, Somalia, Kenya, Nigeria, Colombia dan banyak negara lagi.

Kepada setengah warga, mereka tidak sedar bahawa keharmonian yang kita alami sekarang ini sebenarnya tidak datang menggolek tanpa usaha kepimpinan pihak pemerintah. Kita semua boleh mengamalkan agama dengan kebebasan yang mutlak serta boleh berniaga tanpa gangguan. Selain itu, pendidikkan turut diutamakan sepenuhnya, pembangunan prasarana dilipatkaligandakan dan kesukanan juga diberikan tumpuan. Aspek kesenian juga tidak ketinggalan malah ekonomi negara dijaga dengan rapi siang dan malam menunjukkan bahawa Malaysia negara yang aman dan makmur.

Kita boleh mengkritik sesuka hati tanpa had. Kita bebas berkarya tanpa sekatan. Komenlah, kritiklah, dan apapun jua, kita bisa melakukannya. Cuma jangan UMNO/BN dinyahkan, kerana dengan pemerintah itulah, negara kita selesa untuk diduduki sehingga kini.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

DEVELOPING MILESTONE IN ISLAMIC FINANCE FROM MALAYSIAN BUDGET PERSPECTIVES

The annual budget tabling at the Parliament House has been a much awaited event for Malaysians since the last few years. The recent tabling of Budget 2009 by the Malaysian Prime Minister is no exception. While fingers may be crossed at every budget pronouncements for possible Government incentives affecting individuals and business entities, for policy-making and industry observers, the budgets would provide them a good perspective of the Government direction in terms of the policies. The size of budget allocations accorded to each policy item would give an inkling for the Government’s measured commitments.

Based on this observation, it is worth noting that the Malaysian budgets especially from 1999 until the recent 2009’s showcased the Government’s perseverance to foster a conducive environment for seamless implementation of the Islamic financial services in Malaysia. Most importantly, the positioning of Malaysia as an international Islamic financial center was rather a strategic move initiated after deploying at the domestic front, strong and structured institutional framework and enhanced business competitiveness for Islamic financial institutions.

On a historical note, Malaysia’s first foray into the Islamic financial services industry had begun as early as in 1962, with the setting up of the Pilgrims Fund Board (Tabung Haji) in November the very same year. The Tabung Haji outfit which availed the Muslim community in Malaysia a savings fund for their pilgrimage in Mecca was a novelty which had earmarked the emerging force of the Islamic financial services industry in Malaysia. Having had the start up setting for Islamic financial services, it took the Malaysian Government only about 21 years later to embark fully into the Islamic financial services industry. There were no known reasons behind this apparent delay. Perhaps, the rising Islamic sentiments in Malaysia during the late 1970s had re-ignited the Government’s interest in Islamic finance and thus laid down the foundations for Islamic financial services in Malaysia in early 1980s.

Between 1983-1984, a set of substantial Islamic finance legislation in the form of the Islamic Banking Act, Government Funding Act and Takaful Act were promulgated in the Parliament. While the main legislation set the pivotal benchmark for the development of comprehensive and conducive Islamic finance framework in Malaysia, it is the Government’s continued commitment in steering the direction of Islamic finance in Malaysia and ensuring smooth implementation of the Islamic financial services industry that transforms it to what it is today. The Malaysian budgets from 1999 until 2009 mirrored this steadfast determination.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

KAITAN SYARIKAT INSURANS DAN KRISIS SUBPRIMA

Syarikat insurans sebenarnya melaburkan duit premium anda. Dan selalunya syarikat insurans melabur dalam instrumen kewangan yang dikategorikan sebagai ‘low risk’ berbanding syarikat saham amanah yang lebih banyak menumpukan kepada pasaran saham.

Krisis sub prima berlaku sebab ada masalah dalam pasaran bon sub prime mortgage di US. Bon ini adalah salah satu jenis instrumen kewangan yang selalu dikatakan ‘low risk’.

Apabila pasaran bon ini bermasalah, maka mana-mana syarikat insurans yang ada pegangan dalam pasaran ini akan turut bermasalah. Oleh sebab itulah ada syarikat insurans di US, dana-dana pencen di US yang selalu menyebut perihal ‘low risk investment’ ini turut rugi besar dalam krisis subprima selain bank pelaburan.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

Tuesday, January 6, 2009

MLM, IS IT GOOD ENOUGH?

Often time, one of the first thing people do get into sales is to join direct selling, network marketing or MLM organization. And then fail miserably.

Now, this is not the fault of the direct selling company or the MLM company. Actually, joining an MLM company can be a very good move. Many of the MLM companies have great products and excellent training. Some of the world’s best sales trainings are conducted by MLM companies.

At the same time, we must realise that MLM is not the only game in town. While it is an excellent opportunity, it is just a business like any other. Despite claims that everyone makes money in MLM, the statistics reveal a different story.

In MLM, 5% makes money, 45% makes just enough to live on while the remaining 50% is there to make up numbers. These numbers are about the same for every other business.

More importantly, do it only if you believe in the company and products. Do it only if your heart is in it. If not, you’ll be joining the long, long list of people doing things just for money. Yes, you may make a little money but how long can you be happy? Not long, that’s for sure.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

THE RIGHT AUTO INSURANCE CAN SAVE YOU MONEY

Auto insurance is a protective feature that everyone needs who owns a car. Auto insurance allows you to have financial coverage in case you are involved in an auto accident; regardless of who is at fault. When shopping for auto insurance keep in mind that rates will vary dramatically for the same driver, depending on which company you ask. The key to savings lies in comparing many auto insurance quotes, to find the insurer that will give you the best rates.

If the auto insurance company you’re investigating is sound then it’s possible to purchase cheap auto insurance coverage that will give you peace of mind. Most states require you to purchase a minimum amount of auto insurance. In order to even drive your car you need to have at least liability insurance, in other words you have insurance to cover the expenses of the other party if you cause an insurance. If you are at fault in an accident, your liability insurance will pay for the bodily injury and property damage expenses caused to others in the accident, including your legal bills.

There are some insurance companies that offer discounts to those drivers who put fewer than a predetermined number of miles on their cars each year. Considering the high price of gasoline, carpooling and taking public transportation such as buses around town can help you save more than just premium dollars.

You’ll find that there are many places to locate cheap auto insurance to not only save you money but to also give you adequate coverage and protection.

Take your time to look around and you’ll find that you can save on your auto insurance rates.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

FINANCIAL SUCCESS

If you want to avoid bankruptcy in your home or your company you must respect some principles which will help you on long term. These solutions won’t bring you more money to the house, but applying them you can enjoy a sort of financial stability.

Thus you have to know that financial ideals lead to financial success. So you can write your financial targets on a sheet of paper. You can write down what you want, when you want to get there and what you need to do in order to reach your target.

If you have too many expenses you can make an investment plan. Actually the success key is to use less than you produce. If you want to live an extremely luxury life you will never have anything important to save. If you want to save some money it is better to live under your existent budget and to invest the surplus.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

FREELANCER AND BUSINESS

When a person decides to become a freelancer or to have his own business, a private company for example, in many countries that person must pay a tax to the state.

Therefore this tax is comprehensive, you can’t avoid it wherever you go, because fiscal organizations have your company in their data base and you have to pay the tax on time. Otherwise you have to pay an additional sum of money, as a penalty for your delay.

These taxes are definitive and they can’t be reimbursed. Many people don’t agree with this system and they usually refuse to pay taxes, but finally they are discovered and they have to face the laws in vigor. On the other hand the state might be right to require financial contribution from any member of the community as long as we live in a system called society.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

PERSONAL FINANCE

There are different kinds of finance which vary from company to company as well as from person to person and at times depend on the tiring need of it. Personal finance is meant for the individual needs of the family or the individuals and is provided by several banks and other private money lenders. Individual finances are required to be planned properly and a proper budget must be made which leads to considerable amount of savings for the individuals and a penny saved is a penny earned as the saying goes. Every body needs to think for the retirement and plan the expenditure accordingly.

Consumer loans are available to benefit from. And if efficient tax planning is undertaken a lot of savings can be generated. For proper planning the key components are assessment, goal setting, plan layout, execution and finally monitoring and assessment. Finally there is evaluation which is to check whether the planning is apt or not. It is though professional but if everyone takes this necessary step in planning for self then there would never be any monetary issues for life. It can be judged from time to time and updated whenever required in life. Managing personal finance would indeed make one’s life sound and secure.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan