Saturday, May 9, 2009

SEKILAS PANDANG


Sepertimana desas-desus yang di dengari sebelum ini mengenai kabinet baru Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang banyak membarisi muka-muka baru daripada barisan kepimpinan parti kompenan Barisan Nasional tidak dapat disangkal. Walaupun penyenaraian ini adalah sebahagian penstrukturan semula kerajaan dengan penambahbaikkan proses ‘delivery’ dan integriti, namun dapat dilihat bahawa ketua Bahagian UMNO Setiawangsa Dato’ Seri Zulhasnan Rafique tidak lagi mengekalkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Setelah bertahun-tahun menyandang jawatan tersebut, kini diberikan laluan jawatan tersebut kepada Dato’ Nong Chik, Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai. Kami di meja penulisan ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Seri Zulhasnan Rafique di atas sumbangan beliau selama ini dalam memajukan Bandaraya Wilayah Persekutuan. Kepada Menteri Wilayah Persekutuan yang baru, diharapkan beliau terus dapat memacu proses pemodenan Bandaraya Wilayah Persekutuan menjadi sebuah bandaraya yang maju.

Selain itu, jika dilihat pada barisan kepimpinan Kabinet Menteri kali ini, didapati bahawa Dato’ Mukhriz Mahathir dan Datuk Razali Ibrahim dipilih menjadi Timbalan Menteri dengan masing-masing di Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Belia Dan Sukan. Walaupun Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin tidak dilantik untuk menjawat mana-mana jawatan di dalam kabinet, tetapi beliau telah diberikan tanggungjawab oleh Perdana Menteri untuk mendekati golongan belia dalam mendapatkan sokongan pada pilihanraya ke-13 nanti. Ini bukan suatu yang pelik bagi seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia tidak dilantik membarisi barisan kebinet, kerana sebelum ini keadaan sedemikian pernah berlaku pada Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi sewaktu beliau menjawat jawatan yang sama.

Pelbagai desas-desus dan spekulasi sering diperkatakan tetapi inilah hakikatnya. Semua perlu akur atas yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menentukan saf kepimpinan negara. Sebagai manusia yang serba kerdil dan lemah ini, kita hanya dapat merancang, kerana sesungguhnya hanya Allah SWT sahaja yang dapat menentukan. Bersama-samalah kita berdoa semoga saf kepimpinan baru ini dapat membawa perubahan kepada negara ke arah ‘Satu Malaysia’ berdasarkan konsep ‘Amar Makruf, Nahi Mungkar’. InsyaAllah.


KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

3 comments:

jj said...

Kepada mereka yang dipilih, saya mengucapkan semoga berjaya.Ingatlah tanggungjawab yang digalas oleh anda adalah besar bukan sahaja kepada parti dan rakyat malah kepada agama.

Kepada mereka yang kecundang,redha lah pada keputusan.Sememangnya perjuangan kita belum selesai.

Anonymous said...

Terima kasih kepada Dato' Seri Zulhasnan Rafique atas pembangunan Wilayah Persekutuan.

RAKYAT said...

Kepada Dato' Seri Zulhasnan, harapan kami supaya Dato' Seri sentiasa berkhidmat untuk rakyat.Tolong jangan lupakan kami,rakyat.