“Dan janganlah kamu berjalan di bumi dengan angkuh”
(Surah Isra: Ayat 37)
Ayat di atas menceritakan kepada kita bahwa Allah SWT telah memberi peringatan agar kita tidak merasa bangga diri di atas dunia, iaitu ujub (melihat diri sendiri hebat), kerana sehebat mana jua diri kita pasti akan menyembah bumi bila tiba masanya.
Apabila seseorang manusia berjaya dalam sesuatu urusan, atau memiliki kemampuan yang lebih daripada orang lain kebiasaannya ia akan memiliki perasaan ujub. Namun ianya boleh di atasi dengan selalu menilai diri dengan kekurangan yang ada. Tidak semua manusia memiliki kehebatan, pasti ada kekurangan yang semestinya tidak ada pada ada orang lain pula, tapi ada pada diri kita.
Seharusnya apabila kita diberi kurniaan yang lebih, hendaklah kita memandang bahawa Allah yang berikan, semuanya milik Dia dan semestinya jika ada rasa ujub di hati kita, segeralah mengembalikannya pada Allah, pada Dia sepatutnya kita banggakan kerana Dia suci daripada segala sifat kekurangan, sedangkan kita penuh dengan keabaian. Jarang didapati andai kita memiliki kelebihan zahir mahupun batin, apabila diketahui orang, kita tidak gembira, malah kita sendiri mengharap agar dipuji dan ingin mendengar pujian, hingga kita sentiasa merasa bahagia, gembira dan tidak rasa resah, akan tetapi jika sesekali apabila orang melemparkan kata-kata yang mengurangi kelebihan kita, kita akan cepat menafikan malah merasa marah.
Sifat ujub adalah sifat yang sangat cepat menyambar di hati kita, jika kita sering melihat kebaikan kita tanpa melihat keburukan yang ada, dan ianya juga sifat yang dibenci oleh Allah kerana sifat ini adalah warisan syaitan laknatullah yang merasa diri hebat berbanding Adam AS ketika diperintahkan sujud kepadanya.
Berhati-hatilah dengan diri sendiri, ujub akan bertapak di hati tanpa kita sedari. Ianya sifat yang sukar di pagari dan tersimpan di dalam hati. Siapa pun tidak akan mengetahui apakah kita ujub ataupun tidak, mahupun diri kita sendiri, andai kita sedar, bersegaralah menghina diri dan beristigfar. Itulah tanda Allah sayangkan kita. Wallahualam.
KHAIRUL IDZWAN IDRIS
Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan
6 comments:
yang nie bagus bagi kat YAB PM dan Menteri-Menteri nya... juga pada YAB Datuk Seri DR Zambry dan Exco-Exconya... tak nampak dia gelak sakan dalam DUN semalam....
Isu ini memang lama bertapak dalam UMNO.Ramai dikalangan orangnya tidak kira jawatan bersifat sombong, ujub dan riak.Kami sebagai rakyat merasa jelik melihat telatah mereka.
Sedarlah wahai ahli UMNO.Hindarkanlah diri anda dari sifat ini.Bukan sahaja merosakkan parti,malah merosakkan akidah individu anda.
Kepada saudara pengarang,terima kasih atas penulisan anda selama ini.Jadikanlah diri anda contoh pada semua dalam mewujudkan perubahan secara total kepada parti UMNO.
Betul ker saudara di suruh letak jawatan? kalau lah benar perkara itu, memang tidak patut tindakan sedemikian.
Inilah dikatakan di dalam UMNO,penyekatan golongan-golongan professional berkhidmat di dalam parti.Perubahan perlu dilakukan.Saya menyokong saudara pengarang.Semoga niat baik saudara untuk memajukan parti dan sayap pemuda akan berterusan.
Memang tidak patut sekiranya saudara pengarang disuruh meletak jawatan.Diharapkan saudara pengarang bersabar dan terus berjuang dalam menegakkan 'hak dan batil'.
Tidak patut sama sekali!...
Kami akan sentiasa dibelakang saudara Khairul.
Bak kata bidalan Melayu, "Rambut sama hitam,hati lain-lain".Walaupun kita sama sebagai seorang individu dan ahli parti, tetapi sifat dengki dan iri hati tu pasti berlaku dalam kehidupan kita.
Jadi,berharap saudara pengarang bersabar dan jadikan keadaan ini sebagai pemacu bagi saudara maju di dalam parti.Insyaallah
Post a Comment