Thursday, May 30, 2013

LAHAD DATU OH LAHAD DATU


Anwar semakin pening kepala. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

Pepatah Melayu ada menyatakan ‘Siapa makan cili, dia yang rasa pedas’. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.

Apa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada. Berdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara. Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu didedahkan. Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.

Anwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul?

Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.

Apa perkaitan Anwar dan Lahad Datu masih belum disimpulkan. Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya.

IDZWAN IDRIS
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

No comments: