Friday, May 31, 2013

KJ MENTERI KBS


Dato Seri Najib Razak telah mengumumkan barisan kabinetnya barunya yang memberi banyak kejutan. Kabinet Najib bolehlah disifatkan penggabungan muka baru dan lama. Seperti mana diduga tiada wakil MCA atau Gerakan di dalam Kabinet kali ini. Namun satu post yang lazim dipegang oleh MCA Kementerian Pengagkutan dibiarkan kosong. 

Seperti mana yang saya guraukan Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah dibawa masuk ke dalam kabinet. Khairy yang menang di parlimen Rembau dilantik menjadi Menteri Beliau dan Sukan mengambil alih tempat Ahmad Shabery Chik yang dipindah ke Kementerian Komunikasi dan Multi Media.

Akhirnya kesabaran dan kesungguhan menantu Abdullah Badawi kepada parti dinilai oleh Najib. Inilah berkat kesabaran dan sikap yang pernah ditunjuk Khairy perlu diambil iktibar oleh mereka yang ingin bermain dalam politik. 

Sudah tentu dengan masuknya Khairy ke dalam kabinet ia akan memberi lonjakan kepada anak muda untuk terus mendokong kerajaan. Dengan kebolehan dan idea yang ada kepada Khairy sudah tentu beliau akan memacukan aspirasi anak muda sesuai dengan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda Umno.


Pemuda Umno juga yang sebelum ini dilihat layu dan 'mamai' pasti akan bermegah apabila ketuanya menjadi menteri. Banyaklah projek-projek dibawah kementerian itu akan diagihkan kepada ketua-ketua pemuda. Selepas ini sokongan kepada Khairy akan meningkat dan mereka yang sebelum ini menjauhi beliau kerana tiada kuasa akan menginding dan mendekati semula.

Tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas perlantikan itu. 

IDZWAN IDRIS
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

No comments: