Wednesday, May 20, 2009

PELBAGAI DEFINASI POLITIK


Kita sering mendengar politik didefinasikan sebagai permainan kemungkinan. Memang dalam politik, segala-galanya adalah kemungkinan. Politik juga turut diertikan sebagai seni poli taktik. Ini bermaksud, dalam politik selain mengadakan pilihan raya, terdapat kaedah-kaedah lain untuk naik. Ada kaedah penyeberangan (defection), iaitu wakil rakyat dari satu parti menyeberang ke parti lain. Terdapat juga tindakan mahkamah untuk menentukan penguasaan. Selain itu terdapat aneka jenis kempen misalnya kempen karismatik, kempen janji, kempen transformasinya dan lain-lain.

Memikirkan peristiwa politik Perak, kita tentulah terfikirkan Shakespeare kerana beliau mengatakan dunia ini pentas dan manusia ialah pelakon-pelakon. Apabila kita memerhatikan tingkah laku politik Nizar dan Zambry, kita hanya terfikir mereka berdua, tanpa memikirkan siapakah pengarah ‘lakonan’ mereka. Sebenarnya jika kita benar-benar memberikan tumpuan terhadap peristiwa itu, kita akan dapat melihat tingkah mereka berdua hanyalah manifestasi perancangan yang lebih besar.

Definasi figuratif politik dapat menghilangkan ketegangan di kalangan rakyat. Tugas rakyat ialah memilih pemimpin dan kerajaan mengikut kehendak masing-masing. Apabila pemilihan dibuat mengikut prinsip yang ada, maka kerajaan yang dipilih akan menjalankan tugasnya. Bukanlah berfaedah rakyat bertempik-tempik untuk menggantikan seseorang dengan orang lain. Pihak yang menjadi kerajaan atau pembangkang memanglah akan saling libas melibas.

Jika kita mengambil definasi bahawa politik itu poli taktik, kita akan terhibur memikirkan pelbagai taktik. Rakyat tidak perlu memikirkan taktik, kecuali sejumlah rakyat yang turut terlibat dalam perancangan. Berhiburlah dengan definasi figuratif.


KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

4 comments:

NEO said...

Salam

Dengar cerita, saudara pengarang telah dimasukkan ke wad hospital ampang puteri pada isnin yang lalu.Saya mengharapkan agar saudara pengarang berada dalam keadaan sihat hendaknya.

Teruskan perjuangan saudara.

Anonymous said...

Semoga cepat sembuh dan terus mengarang.

Y2K said...

Salam,

Betul ker saudara pengarang dimasukkan ker hospital?Kenapa saya sebagai Pemuda Umno Setiawangsa tidak tahu menahu mengenai perkara ini.

Pihak pengurusan Pemuda Umno Setiawangsa perlu memperbaiki 'delivering methods' terutamanya mengenai perkara-perkara yang bersangkut-paut mengenai kesihatan, kematian mahupun program pemuda pada masa akan datang.

anaklangkawi said...

Salam Perjuangan dari Ahli UMNO Langkawi..

http://other-perspektif.blogspot.com/