Friday, May 15, 2009

BERSANGKA BAIK


Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: Berfirman Allah Azzawajalla: ‘Aku berkuasa untuk melakukan apa yang hambaku sangka terhadapku. Dan aku beserta dengannya ketika ia menyebutKu (berzikir kepadaKu)

(Riwayat Bukhari Dan Muslim)


Hadis di atas adalah hadis Qudsi, di mana Allah SWT telah menyampaikan kepada Nabi, dan Nabi telah menyebut apa yang disampaikan oleh Allah melalui ucapan baginda. Allah SWT berkuasa atas segala sesuatu, selain daripada Dia melakukan apa yang Dia kehendaki terhadap kita. Dia juga melakukan sesuatu terhadap kita mengikut sangkaan kita terhadapNya.

Apabila sesuatu urusan kita sandarkan dan serahkan segalanya kepada Allah, maka Dia akan menguruskannya mengikut apa yang kita sangkakan. Jika kita bersangka baik, maka baiklah yang Allah akan tentukan, namun jika kita bersangka sebaliknya, maka Allah akan berbuat mengikut apa yang kita sangkakan.


Justeru, kita sebagai hamba, hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap Allah dan segala perbuatanNya adalah baik kerana pada hakikatnya apa yang kita nampak baik, belum tentu ianya baik dari pandangan Allah. Marilah sama-sama kita meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, dari sekecil-kecil urusan hinggalah sebesar-besar urusan. Sesungguhnya apa yang Dia tadbir itu jauh lebih baik dan tersangat baik buat kita sebagai hambaNya. Insyaallah

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

2 comments:

Anonymous said...

En Khairul,
Memang benar apa yang diperkatakan, Kalau lah ramai ahli politik yang berfikir begitu dan mereka yang Islam menjalankan tugas mengikut ajaran Islam, sudah pasti Malaysia tidak jadi begini.

Masaalahnya bila berkuasa, lupa akan tanggungjawab sebagai orang Islam.

Saya harap en Khairul sebagai pemuda UMNO dapat mempengaruhi rakan rakan di dalam UMNO. Katakan, janganlah hanya nampak akan keuntungan dunia sahaja. Adakah Malaysia akan jadi mundur jika tak ada kasino atau tak ada kilang arak? Mati tak makan kah jika gadis gadis Melayu tidak jadi tukang urut?

Neo said...

Saya juga turut mengharapkan En. Khairul dapat mengubah UMNO di peringkat Pemuda Setiawangsa.