Thursday, April 23, 2009

HANYA BN MAMPU TERJEMAH MIMPI MENJADI REALITI

Kini, rakyat Malaysia menyaksikan satu lagi detik bersejarah peralihan tirai kepimpinan negara. Kemuncak penutup tirai Perhimpunan Agung UMNO lalu merupakan detik yang akan menjadi sejarah kepada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.

Melihat kepada respons kehadirannya sudah cukup untuk semua bersetuju bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah pemimpin yang masih disayangi dan disanjungi oleh kawan dan lawan. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa beliau masih lagi tokoh yang paling berpengaruh di Malaysia.

Sesungguhnya keserasian serta ucapan ‘peniup semboyan’ yang senada dan sekata telah membangkitkan semula roh UMNO, ibarat masih ada sinar di hujung terowong. Itulah kekuatan UMNO, Tun Dr Mahathir telah memilih saat dan ketika yang amat tepat sekali untuk menyuntik roh serta keyakinan kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia dalam memastikan UMNO dan BN terus relevan demi kelangsungan bangsa dan kestabilan negara. Inilah kekuatan dalaman UMNO yang tiada pada parti lain di dunia.

Sebagai rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Pak Lah yang telah menaburkan bakti beliau selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Berbekalkan semangat ‘Marilah bekerja bersama saya, bukan untuk saya’ dan pelaksanaan Islam Hadhari, Pak Lah telah membawa bersamanya kepimpinan yang bercirikan holistik serta membawa kepada penambahbaikan dasar keterbukaan dan ketelusan yang tinggi dari segenap segi.

Pak Lah telah membawa sahsiah ‘Melayu Unggul’ yang bercirikan ulul albab untuk menyerlahkan imej bangsa Melayu dan Islam sebagai pembawa keamanan sejagat. Kini perjalanan perjuangan UMNO dan BN akan diteruskan melalui kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Saya percaya majoriti pemimpin dan rakyat Malaysia mengimpikan sebuah negara yang selamat, aman dan makmur dengan kemunculan satu generasi pelbagai keturunan yang hidup aman damai, bertutur dalam satu bahasa, hidup dengan satu budaya dan berinteraksi dengan perasaan bersaudara.

Kalau itulah impian kita semua, hanya dengan kekuatan UMNO dan BN sahajalah yang dapat menterjemahkan mimpi menjadi realiti.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

2 comments:

extradivine said...

The only way to gain RESPECT is firstly to give it.. Hope everyone can respect other people..

Readers Digest said...

Apa sudah jadi kepada BN yang kini hilang popularitinya dalam pilihanraya kecil yang lepas?

Walaupun tampuk kepimpinan sudah tukar, masih kekalahan menjadi igauan buruk bagi BN.Apakah silapnya?

Persoalan ini perlu difikirkan oleh segenap ahli BN tidak kira mereka di peringkat akar umbi mahupun di peringkat kepimpinan supaya kekalahan ini tidak berlanjutan ke piliharanraya ke-13 nanti.