Friday, November 20, 2009

RULE OF LAW

Adalah menjadi prinsip Rule of Law bahawa tidak ada sesiapa pun yang bebas daripada tindakan undang-undang. Di Malaysia, Raja juga berada di bawah undang-undang. Semua orang di Malaysia, rakyat dan raja adalah sama tertakluk kepada undang-undang negara. Sudah ramai pemimpin UMNO yang dihadapkan ke mahkamah dan dihukum apabila didapati bersalah.

Tidak ada siapa di negara ini dan di mana Rule of Law dikuatkuasakan yang boleh mendakwa ia tidak bersalah sebelum ia dibicarakan atas tuduhan yang dibuat terhadapnya. Menerima Rule of Law bermakna sanggup tunduk pada proses undang-undang. Mendakwa diri sendiri tidak bersalah awal-awal lagi tanpa menghadiri proses undang-undang adalah satu ketidakadilan. Tidak ada sesiapa yang layak atau berhak menjatuhkan hukuman tidak bersalah ke atas diri sendiri. Perbuatan ini tidak banyak berbeza daripada kaedah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mana undang-undang membenarkan tahanan tanpa perbicaraan.

Jika sebagai contoh konspirasi boleh diterima sebagai alasan kenapa dakwaan tidak boleh dibuat, maka tidak ada siapa yang boleh dibicarakan dan dengan itu Rule of Law tidak boleh dilaksanakan. Secara prinsip sama ada konspirasi ada ataupun tidak, jika jenayah dilakukan dan hakim menerima dakwaan adalah berasas, maka yang tertuduh tetap salah juga. Konspirasi bukan alasan untuk menghalalkan jenayah sepertimana tuduhan Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap konspirasi kerajaan menjatuhkan beliau.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

1 comment:

Anonymous said...

Apa nie.. Blog tak updates...