Apakah UMNO harus menamatkan DEB supaya orang Melayu kembali menderita dan dengan itu kembali insaf dan bersatu padu semula? Kita ingat, kejayaan UMNO menyatupadukan orang Melayu di pertengahan abad ke 21 ialah kerana orang Melayu berasa terancam menghadapi bahaya hilang negara dan hilang bangsa. Bahaya dari luar ini menekan orang Melayu sehingga mereka terpaksa merapatkan barisan melalui UMNO untuk mempertahankan diri. Mereka tidak lagi menganga diri mereka sebagai orang Kedah, orang Perak, orang Johor dan seterusnya. Buat pertama kali mereka secara bulat dan padu menganggap diri mereka sebagai orang Melayu. Hanya sebagai orang Melayu yang bersatu padu sahaja barulah mereka dapat menyelamatkan diri dan harta pusaka warisan mereka.
Jika dahulu UMNO berjaya menyatupadukan orang Melayu, apakah UMNO kali ini tidak boleh menyatupadukan mereka semula? Sebenarnya kita tidak tahu. Mungkin boleh, mungkin tidak. Tetapi boleh atau tidak, kita mesti mencuba. Itulah semangat UMNO. Kita tidak boleh mudah kecewa dan menyerah kalah. Kita bertanggungjawab kepada bangsa Melayu. Sama ada orang Melayu akan menyambutnya atau tidak, tanggungjawab kita mestilah kita pikul. Jika gagal apabila dicuba, kita mesti cuba lagi.
Sebenarnya percubaan telahpun kita mulakan. Jika perubahan dalam budaya Melayu yang menyebabkan mereka mula menggelungsur ke arah kemusnahan, maka langkah yang perlu di ambil ialah mencuba mencipta dan menyemai budaya baru yang lebih mampu melawan nafsu dan mengatasi cabaran hidup sebagai penduduk bandar yang mewah. Sudah tentu benteng yang terkuat sekali ialah agama Islam dengan nilai-nilai murninya. Malangnya budaya yang terbentuk apabila Nabi Muhammad SAW membawa Islam kepada Arab Jahiliah sudah diketepikan oleh kebanyakkan orang Islam. Persaudaraan dan perpaduan dalam Islam tidak lagi diamalkan oleh orang Islam. Di mana-mana sahaja mereka bermusuhan sesama sendiri, malah sanggup bersubahat dengan musuh-musuh Islam untuk mengalahkan orang yang seagama dengan mereka.
Hari ini di Malaysia kita melihat bagaimana galakan dan sokongan diberi kepada parti serpihan supaya menentang parti tunjang majoriti orang Islam. Walaupun kita tahu media barat dan pihak-pihak tertentu begitu benci kepada orang Islam yang digambarkan oleh mereka sebagai pengganas, tetapi mereka cuba membayangkan PAS sebagai parti sederhana yang perlu disokong oleh bukan Islam untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan UMNO.
Ternampak seolah-olah mereka ingin melihat PAS mendirikan negara Islam di Malaysia. Apakah benar mereka suka negara Islam? Besar juga kemungkinan mereka suka, kerana kepercayaan mereka ialah negara Islam yang diperintah oleh apa yang mereka kenali sebagai fundamentalis Islam akan membawa perasaan tidak senang hati di kalangan penganut agama lain, akan menghalang pembangunan dan kemajuan Malaysia, melemahkannya sehingga dapat dijajah semula.
Jika kerana musuh-musuh Islam ini, sokongan kepada UMNO merosot, maka UMNO tidak dapat menumpu kepada kemajuan orang Melayu/Islam, bahkan mungkin UMNO akan cuba menjadi lebih Islam dari PAS, menolak apa yang PAS cap sebagai sekular sehingga Malaysia terus mundur, lemah, tidak lagi dapat menegur negara barat dan alat-alat mereka apabila mereka melakukan ketidakadilan kepada negara-negara membangun.
Hari ini hanya Malaysia sahaja yang sanggup mengkritik barat. Tentulah mereka berasa lega apabila UMNO sibuk bergelut dengan PAS sehingga lupa terhadap penganiayaan ke atas umat Islam di Sudan, Iran, Palestin, Afghanistan dan Iraq.
Tugas UMNO ialah mencuba menyeru orang Melayu kembali kepada persaudaraan dan perpaduan seperti yang di ajar oleh agama Islam sepaya strategi mereka yang benci kepada orang Islam tidak akan berjaya. Untuk ini parti-parti serpihan orang Islam mestilah disedarkan bahawa mereka sudah dipermain dan diperalatkan oleh musuh-musuh Islam. Dalam usaha UMNO untuk menyedarkan puak serpihan ini, UMNO mestilah berpegang kepada kebenaran. Jelaskan, ceritakan hal dan keadaan sebenar.
Ini adalah mudah , kerana kita berada di pihak yang benar. Hanya orang yang tidak bermodalkan kebenaran yang terpaksa melemparkan pelbagai tuduhan, membohong dan memfitnah. Hanya orang yang tidak berpegang kepada ajaran agama Islam yang murni yang mudah memburukkan orang Islam yang lain, membohong, melabelkan orang lain dengan nama-nama yang buruk. hanya orang yang tidak ada maruah sahaja yang tidak berasa malu apabila diketahui membohong tetapi tanpa segan silu membohong lagi.
InsyaAllah jika UMNO terus berusaha menyuarakan yang benar, akhirnya walaupun mungkin tidak ramai, akan ada juga mereka yang akan menolak kemungkaran dan menerima kebenaran. Ini jelas sepertimana frman Allah dalam Surah Al-Isra', ayat 81 yang bermaksud:
"telah datang kebenaran dan hilang lenyaplah perkara yang salah; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap."
KHAIRUL IDZWAN IDRIS
Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

No comments:
Post a Comment