Dalam dunia mengharungi hari-hari yang mencabar kesan dari krisis ekonomi, baru-baru ini pemimpin-pemimpin dunia dari Pertubuhan Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) telah bersidang. Persidangan selama dua hari itu bertujuan membincangkan cara-cara mengatasi krisis ekonomi global serta menimbulkan kembali kesedaran dan keyakinan dikalangan negara-negara ahli bagi mengecapi pertumbuhan ekonomi akan datang. Melalui pengukuhan dimensi sosial globalisasi yang akan diterapkan, ia memastikan semua negara ahli dapat memperolehi kemahiran, peluang dan keuntungan daripada kegiatan perdagangan dan pelaburan global.
Krisis kemelesetan kewangan global ini dianggap masalah ekonomi yang serius dan perlu dihadapi. Negara-negara APEC telah bersetuju untuk bertindak pantas dalam mengatasinya. Kaedah stimulasi fiskal dan monetari yang dibentangkan sewaktu persidangan tersebut telah di terima oleh negara-negara ahli bagi memulihkan krisis ini.
Bagi menghadapi keadaan ekonomi serantau yang semakin mencabar, perkembangan integrasi ekonomi serantau diberi penekanan. Ini termasuk agenda APEC yang ingin menjadikan rantau Asia-Pasifik kawasan bebas untuk aktiviti perdagangan dan pelaburan (APEC’s REI Agenda). Walaupun agenda ini memakan masa yang lama untuk dipraktikkan, ia hanya dapat diperolehi melalui penerimaan reformasi secara unilateral, bilateral dan multilateral liberalisasi negara serantau. Sejajar dengan deklarasi Bogor sebelum ini yang menegaskan langkah yang sama bagi memastikan perkembangannya, pembangunan masih boleh dikecapi walaupun dunia mengalami krisis ekonomi global.
Sidang APEC kali ini telah mengemukakan lima langkah (Trade Facilitation Action Plan – TFAP II) bagi mengurangkan kos transaksi perdagangan sebanyak 5% sehingga tahun 2010.
1. memperkenalkan APEC Investment Facilitation Plan (IFAP) bagi memperbaiki keadaan kewangan serantau serta mewujudkan perjanjian kewangan secara bilateral berdasarkan perjanjian kawasan bebas yang pernah dimetarai sebelum ini.
2. menegaskan terhadap kepentingan pengukuhan pasaran kewangan serantau bagi proses reformasi sistem pasaran kapital yang diamalkan kini. Ini dapat terhasil dengan adanya pembangunan infrastruktur di dalam ekonomi APEC.
3. menerima pakai idea dalam mengimplikasikan APEC Counterfeiting and Piracy Initiative dalam memperbaharui sistem serantau untuk proses perkembangan pada masa hadapan.
4. memperkenalkan Digital Prosperity Checklist sebagai medium penting dalam usaha APEC’s mempromosikan perkembangan ekonomi yang berterusan melalui pembangunan teknologi informasi dan komunikasi.
5. menerima pandangan dan kertas kerja yang dihasilkan oleh APEC Business Advisory Council (ABAC) dalam memperbaharui keadaan bisnes dengan penglibatan perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) di dalam REI agenda.
Sememangnya sidang APEC merupakan forum terkemuka yang membincangkan usahasama ekonomi serantau. Kerjasama dikalangan negara-negara APEC dapat memberikan perubahan ke atas cabaran global yang dihadapi. Semoga dengan adanya pertubuhan antarabangsa seperti ini dapat menjamin keutuhan dan kesejahteraan serantau di dalam aspek sosial, keselamatan dan ekonomi. Sehingga sidang APEC berikutnya di Singapura, diharapkan segala perkara yang berbangkit serta langkah dan agenda yang dipersetujui dapat diimplementasikan hendaknya.
KHAIRUL IDZWAN IDRIS
Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

1 comment:
Satu bentuk perubahan dan pendekatan baru yang dialu-alukan dalam menjadikan golongan Pemuda Umno Setiawangsa berilmu dan lebih peka ke atas ekonomi semasa yang berlaku di Malaysia. Syabas Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Setiawangsa. Semoga usaha ini diteruskan dan berkekalan.
Post a Comment