Tuesday, June 16, 2009

CHIN PENG PERLU DISEKAT PULANG KE MALAYSIA

Suatu keputusan yang bijak dilakukan oleh kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Sebagaimana yang diketahui sebelum ini, Chin Peng sebagai Ketua Parti Komunis Malaya telah membuatkan Tanah Melayu dahulunya kacau bilau dengan kehilangannya ramai nyawa yang tidak berdosa. Bukan sahaja ribuan nyawa terkorban malah Institusi Raja Berperlembagaan di negara kita juga turut tercelar akan sifat kerakusan dan kebiadaban Chin Peng. Adakah kita mahu berlembut dengan orang seperti ini? Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah menyokong supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia. Apakah agenda politik beliau kali ini? Apapun agenda politik beliau, sememangnya ini melibatkan sensitiviti rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia secara total menolak dan mengharamkan kepulangan Chin Peng semula ke tanahair tercinta, Malaysia.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

2 comments:

Tinta Hitam said...

Pengkhianta bansa sebenarnya adalah UMNO

Anonymous said...

PKR ini penuh dengan sifat tomahan dan tidak mengaku.Seperti dapat dilihat di dalam laman YouTube, Dato' Seri Anwar bersandiwara, di mana kini beliau kononnya tidak mengusik sensitiviti masyarakat dengan isu Chin Peng yang diwar-warkan selama ini.Malah beliau menyalahkan UMNO akan masalah tersebut.

Apa nak jadi dengan beliau.Sudah-sudahlah mensensasikan berita yang lapuk demi mendapatkan populariti dikalangan rakyat.Rakyat sudah muak dan bosan cari itu Dato' Seri.