Thursday, May 30, 2013

WINNING PSYCHOLOGY ANWAR

Tidak sukar mentelaah sikap dan strategi Anwar Ibrahim setelah keputusan PRU 13 diumumkan. Rata-rata rakyat Malaysia tahu bahawa cara demonstrasi jalanan, yang memungkinkan keganasan sebagai kemuncaknya bakal dilakukan.

“Winning psychology” yang telah dibuat sejak 2 tahun kebelakangan ini berjaya mengaburi mata penyokong mereka, dibuai dengan hasutan dan angan-angan kononnya mereka sudah menang walaupun sebelum tempoh berkempen lagi.  Malah Anwar tanpa segan silu sering menwar-warkan dirinya sebagai pemimpin nombor satu Malaysia.

Seluruh penyokong mereka percaya, apatah lagi hampir segenap industri telah dipenetrasi melalui bekas panglima ATM, artis, peguam serta pemimpin veteran UMNO.  Semua ini dirancang dengan begitu teliti, demi mewujudkan “winning psychology”. Suka atau tidak, kita perlu mengakui bahawa taktik Anwar ini hampir berjaya, terutamanya kepada pengundi muda dan atas pagar dari kaum Cina dan India.

Melalui “winning psychology”, Anwar mewujudkan sentimen, kononnya berlaku penyelewengan SPR yang menyebabkan mereka kalah pada PRU13. Rata-rata itulah ucapan oleh wakil-wakil PR di setiap perhimpunan haram 505; kepercayaan bahawa rakyat telah memilih PR, tetapi telah dinafikan oleh SPR, UMNO dan BN.

Tentu sahaja dengan arus “winning psychology” atau harapan kemenangan seperti yang dibuaikan oleh Anwar berkecai apabila keputusan PRU 13 diumumkan. Sungguhpun sekelian rakyat yang membuat keputusan, mereka tidak dapat menerima kenyataan itu.  Kekecewaan inilah yang digunakan sepenuhnya oleh Anwar pada waktu dan ketika ini, bagi menghimpunkan penyokong-penyokongnya untuk turut berdemonstrasi. Pada saat perhimpunan inilah, hasutan untuk turun ke jalanraya bagi kononnya memulihkan demonstrasi.

Apa maksud turun ke jalanraya? Lihat kembali pada 1998, anda pasti mengetahui maksud yang tersirat. Anak muda yang mentah, yang masih dikuasai sifat amarah dan “rebellious"  menjadi saluran pemuas nafsu Anwar yang sehingga kini gagal menjadi perdana menteri “at all cost”. Adam Adli, pelajar yang gagal dalam kuliah, contohnya, digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan mesej agar kerajaan ditumbangkan melalui jalanraya.

Lebih mudah untuk menghasut sekiranya mereka yang dihasut sudah punya kekecewaan yang amat mendalam.  Contohnya, masyarakat Cina, yang dikhabarkan telah membuat “full swing” untuk menumbangkan kerajaan tetapi masih gagal, pastinya mengalami kekecewaan yang tiada tolok bandingnya. Pasti tidak sukar untuk menghasut mereka turun ke jalanraya. Anwar bijak memanipulasi rakyat dengan “winning psychology”; mewujudkan rasa kemenangan sekaligus mempengaruhi “first time voters” dan pengundi atas pagar pada PRU 13 yang lalu. Apabila gagal, kekecewaan penyokongnya diterjemahkan pula dalam bentuk demonstrasi, yang saya yakin akhirnya dibawa ke jalanraya untuk menggulingkan kerajaan.

Sebijak-bijak Anwar bermain psychology war, Allah jua yang maha berkuasa.


IDZWAN IDRIS
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan



 

ANWAR LAIN KALILAH

Anwar Ibrahim kini seorang yang penat, letih dan kecewa. Sepanjang tempoh berkempen pilihan raya Anwar cukup yakin impian pembangkang menawan Putrajaya akan tercapai tetapi apakan daya takdir tidak menyebelahinya.



Setelah mengadakan siri jelajah seluruh negara sejak 8 Mei lalu kerana tidak dapat menerima kekalahan pembangkang di tangan Barisan Nasional, beliau masih juga gagal menumbangkan kerajaan yang sah dipilih rakyat. Walau puluhan ribu penyokongnya hadir pada setiap perhimpunan yang diadakan, namun hakikatnya mereka tidak dapat mengubah kenyataan bahawa majoriti rakyat menolak Anwar dan masih mahukan BN memerintah negara. Kehendak rakyat dan takdir Ilahi nampaknya tidak mahu Anwar memimpin tanah Islam yang bernama Malaysia.

Kini kebenaran telah timbul apabila media mendedahkan terdapat persefahaman ‘gentleman’ antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Anwar April iaitu beberapa minggu sebelum parlimen dibubarkan. Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 secara baik dan menjanjikan peralihan kuasa secara aman dan tenteram sekiranya berlaku perubahan dalam kerajaan.

Malah perkara ini telah ditegaskan di dalam ucapan Perdana Menteri semasa siaran langsung televisyen ke seluruh negara ketika mengumumkan pembubaran parlimen pada 3 Mei lalu. Malangnya apabila kalah sahaja pakatan pembangkang, Anwar dengan pantas sekali melanggar perjanjian secara lisan tersebut antara pengerusi BN dan beliau sendiri. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Wall Street Journal yang dilihat sebagai sekutu media Barat yang kuat kepada Anwar. WSJ menganggap Anwar sebagai seorang yang tidak ‘gentleman’ kerana gagal mematuhi syarat-syarat perdamaian yang dipersetujui bersama.

Integriti adalah satu nilai yang amat penting ang diperlukan oleh seseorang jika mahu menjadi pemimpin yang berwibawa dan diyakini rakyat. Rakyat tertanya-tanya apa telah terjadi dengan janji Anwar beliau akan mengundur diri daripada politik sekiranya pembangkang kalah atau adakah ini satu lagi pembohongan yang sudah menjadi ‘trademark’ politiknya. Datuk Seri Najib secara berani dan terang menyatakan kesediaan beliau untuk menerima kekalahan sekiranya BN kecundang pada PRU lalu tetapi Anwar menampakkan dirinya sebagai seorang pemimpin politik yang tidak boleh dipegang kata-katanya apatah lagi janji yang dibuat.

Malah akhbar itu menyatakan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla telah menalifon Anwar secara peribadi sehari selepas pilihan raya untuk mengingatkan beliau tentang perjanjian yang dibuat dengan Perdana Menteri. Sebagai seorang sahabat, Jusuf menasihati Anwar supaya menerima kenyataan dan melihat kepada realiti dengan hati yang terbuka. Sungguh malang nasihat yang berguna daripada seorang negarawan seperti Jusuf diketepikan begitu sahaja dan Anwar memilih untuk mengengkari akur janji yang dibuat hanya beberapa minggu sebelumnya.

Pendedahan yang dibuat oleh WSJ sudah cukup mencerminkan kepada rakyat jenis pemimpin mana satu Anwar tergolong – pemimpin yang mempunyai harga diri dan integriti atau pemimpin yang suka menabur janji dan pada masa yang sama mengkhianati janji-janji yang dibuat?

Kepada penyokong pembangkang mereka mungkin buta untuk melihat bagaimana Anwar telah memanipulasi kepercayaan yang diberi untuk keuntungan dirinya sendiri. Tetapi kepada masyarakat antarabangsa dunia seluruhnya, karektor Anwar sebagai seorang yang suka berbohong, pengkhianat dan takut menerima kekalahan tidak dapat diselindungi lagi apatah lagi yang mendedahkan itu adalah salah satu akhbar yang paling berpengaruh di dunia.

Bak kata pepatah Inggeris, ‘what is the worth of a person, if not his worth?’Anwar bukan sahaja telah mengecewakan penyokong pembangkang terutamanya DAP kerana gagal menawan Putrajaya sebagaimana yang kerap dijanjikan dalam ceramah dan ucapan beliau, tetapi juga dilabel sebagai seorang yang membuat pelbagai alasan dan helah untuk menyelamatkan dirinya. Perhimpunan haram yang diadakan untuk membantah keputusan PRU13 dan mendesak supaya pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk meletak jawatan tidak akan memberi apa-apa kesan hatta disokong oleh 500,000 atau satu juta sukarelawan sekalipun. Ini kerana negara ini mempunyai undang-undang dan peraturan yang wajib dipatuhi.

Pembangkang perlu mengotakan janji untuk menghormati konsep ‘rule of law’ atau negara daulat yang sering kali diwar-warkan oleh pemimpin mereka. Jika mereka fikir, pembangkang adalah golongan yang mengatasi undang-undang dan segala tindak tanduk mereka yang melanggari undang-undang tidak diambil tindakan, mereka silap besar sebenarnya.

Rakyat yang cintakan keamanan sudah cukup muak dengan sikap angkuh pemimpin pembangkang yang hanya mengatakan mereka sahaja di pihak yang benar serta tidak memperdulikan pandangan orang lain.


IDZWAN IDRIS
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilaya Persekutuan

ANWAR MUNGKIR JANJI


Usaha untuk mendamaikan dua pihak antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menampakkan sudut mustahil. Perkara ini diakui sendiri Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang berusaha ke arah itu bagi membentuk satu suasana yang lebih positif untuk pembangunan negara.

Menurut Jusuf, perkara ini mustahil kerana Anwar dilihat tidak komited dan gagal memegang janji yang pernah diutarakan. Jelas beliau, disebabkan sikap Ketua Pembangkang itu sendiri yang tidak komited terhadap usaha tersebut dan ternyata ia menyulitkan lagi keadaan.

Beliau berkata, sikap Anwar itu bertentangan dengan Najib yang sentiasa bersedia menjalankan komitmen tersebut. Pendekatan ini diambil beliau kerana memikirkan kedua-dua individu ini merupakan sahabat baik Jusuf.

Usaha yang telah dirancang sebelum pilihan raya lagi adalah dengan mencapai kata sepakat untuk mewujudkan perdamaian di antara kedua-duanya. Dan menurut Jusuf, Anwar melanggar perdamaian itu dengan menyatakan dengan jelas tidak menerima keputusan PRU 13.

Apa yang dapat dilihat, Anwar mungkin terlalu yakin bahawa beliau akan berjaya memenangi pilihan raya kali ini sehinggakan bersetuju untuk menjalankan perdamaian dengan PM. Nampaknya, PR gagal dan Anwar juga turut gagal untuk menerima kenyataan ini langsung melakukan demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan pilihan raya.

Ini menunjukkan satu sikap yang buruk untuk dicontohi sebagai seorang pemimpin dan nyata sahabat yang datang dari seberang ini kecewa dengan keadaan yang berlaku. Anwar dilihat makin tidakrasional dan hilang pertimbangan yang waras dalam menghadapi kenyataan gagal dalam PRU kali ini.

Ini bukan kali pertama beliau memungkiri kata-katanya. Turut berani berkata jika gagal dalam PRU kali ini beliau akan berundur, jelas perkara itu tidak berlaku sehingga sekarang. Sikap terlalu yakin dan ghairah mengejar kuasa sudah menutup setiap ruang untuk beliau berfikir dan bertindak waras setaraf dengan beliau yang berpendidikan tinggi.

Dengan berkelakuan sebegini hanya menampakkan dan menyerlahkan lagi sisi bodoh dan tamak beliau di mata rakyat.

Dan tidak mustahil, semua yang bersama dengan beliau akan perlahan-lahan meninggalkannya ekoran sikap yang tidak pandai berpegang dengan kata itu. 

Buktinya telah ramai yang meninggalkan beliau kerana alasan yang sama iaitu matlamat yang tidak jelas dan lari dari persimpangan perjuangan.


IDZWAN IDRIS
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

MELAYU PERLU SEDAR



Keputusan PRU13 telah membuatkan ramai bangsa Melayu tersentak dan terjaga dari lamunan. Selama ini UMNO dan Barisan Nasional sentiasa menyokong penuh MCA dan Gerakan. Bukan itu sahaja, bangsa Melayu telah menganggap bangsa Cina sebagai sebahagian dari saudara kita,  UMNO sentiasa bersangka baik terhadap MCA dan tidak mengganggu perjalanan parti mereka sebaik mungkin. Namun niat baik dan segala budi UMNO dan Barisan Nasional telah dibalas dengan tuba oleh bangsa Cina.

Kita yang sudah terjaga dari tidur dan lamunan yang panjang jadi cukup marah dan kecewa dengan MCA, Gerakan dan bangsa Cina. Sanggup mereka mempermainkan kita sebegini rupa.  Oleh itu , apabila kita bertindak balas dengan tindakan mereka, itu merupakan perkara biasa. Tidak mungkin kita mahu ditipu buat kali kedua.

Kita terpaksa menerangkan bahawa selama ini kita UMNO tidak pernah bertindak rasis terhadap kaum Cina. Kita hanya bertindakbalas terhadap pengkhianatan bangsa Cina terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Sudah sampai masanya kita mencari formula yang terbaik bagi menangani isu pengkhianatan bangsa Cina ini. Mereka sudah tidak memandang pada kebaikan UMNO dan Barisan Nasional. Rampasan kuasa mutlak memang merupakan agenda utama mereka.

Hasutan dari DAP yang mencetuskan idea rampasan kuasa ini begitu viral dikalangan bangsa Cina. Ini berlaku kerana bangsa Cina sudah memiliki segala-gala yang mereka perlukan kecuali kuasa mutlak. Maka Perdana Menteri harus mencari jalan untuk mengekang kuasa ekonomi mereka supaya mereka mampu berpijak di bumi nyata. Kekangan ekonomi ini harus berlaku disemua peringkat bagi memastikan agenda perpaduan kembali semula ke tanahair kita.

Penerangan yang terperinci dan mudah difahami harus diberikan kepada semua peringkat. Ini diikuti dengan perlaksanaan dan pemantauan yang berterusan keatas kekangan ekonomi bangsa Cina.  Dengan cara ini sahaja maka bangsa Cina akan berlembut dan tunduk pada perpaduan bukannya keegoan dan keangkuhan yang melampau.


IDZWAN IDRIS
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan




PANDANGAN TUN DAIM

Ramalan Tun Daim hampir semuanya tepat! Malah ulasan yang beliau berikan juga bagus. Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Datuk Seri Najib Razak dan pergaduhan dalaman parti, kata bekas menteri Umno Tun Daim Zainuddin.


Menjelang pilihan raya, pemerhati mendapati Najib telah menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen yang hilang pada 2008, di mana Daim mengatakan sebagai pendekatan salah.  


“Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan peribadi saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden.“Penasihat PM kena dipecat. Jika anda menyamakan undi untuk BN sama dengan undi untuk dia, kelemahan keputusan BN berkait dengan dia juga,” kata Daim dipetik dari transkrip temuramah dengan China Press, yang disiarkan dalam blog wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

“Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar menghadiri ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi. Jangan cuba melawan angka dia (Anwar) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat. Biar Anwar jadi penghibur (meminjam istilah Financial Times).             


Kita bukan penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat lawak. Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak ini dan jangan main permainannya."Daim juga menyalahkan kegagalan BN untuk menang majoriti dua pertiga disebabkan salah peruntukan sumber dalam usaha untuk menguasai kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.

“Jika saya tahu, sudah tentu BN tahu yang kawasan majoriti Cina sudah kalah. Kenapa buang masa dan wang? Sebagai strategi, anda seharusnya tumpukan di kawasan yang BN kalah dengan tipis pada 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, contohnya Pandan, mengapa ambil mudah?”


“Mari terima hakikat tiada tempat dalam dunia ini mudah untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Pengundi bandar di seluruh dunia adalah anti kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Tapi tetap banyak masa dan wang dibazirkan di kawasan bandar dimana keputusannya hampir pasti,” kata beliau kemudian.

Daim diminta untuk memberi komen tentang Pulau Pinang, dimana NGO politik Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang yang berbelanja banyak menyediakan makan malam percuma dan konsert dengan bintang besar beberapa minggu menjelang hari mengundi. “Orang-orang ini adalah amatur. Mereka adalah orang gila. Mereka fikir mereka pandai dan buang duit merata. Lebih baik beri kepada kebajikan".


“Kenapa BN benarkan acara bodoh seperti ini? Rakyat rasa diperbodohkan kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk bersantai, makan free dan dihiburkan. Ini adalah pilihan raya. Ini perkara serius. Biarkan Anwar jadi penghibur. Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Pakatan Rakyat (PR) menang besar apabila mendapat 30 kerusi DUN.


Dalam respon kepada soalan lain, beliau mengatakan BN seharusnya memberikan tumpuan untuk memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat seperti rasuah, pentadbiran baik, keselamatan, pendidikan, inflasi, miskin kota dan graduan muda. “Kerajaan sebaliknya memfokuskan tentang memberi bantuan. Anda beri makan malam sekali, rakyat akan berterima kasih. Beri mereka lima kali mereka fikir anda mahu membeli undi,” katanya.


Daim mengatakan kekalahan BN di Selangor disebabkan oleh pergaduhan dalaman, mengatakan ini disebabkan gabungan itu memilih calon yang salah dalam pilihan raya 5 Mei. BN menang 12 daripada 56 kerusi DUN di Selangor, kurang daripada 20 kerusi yang mereka perolehi semasa 2008, akan tetapi mempertahankan lima daripada 22 kerusi Parlimen.


Beliau juga menyalahkan keputusan Selangor kepada pengarah pilihan raya negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang beliau katakan tidak menghiraukan tindak balas dari bawah dengan memberikan jaminan kepada PM kemenangan BN di kerusi di Selangor.


“Saya rasa Zain adalah pilihan yang salah. Dia digugurkan dari Kabinet oleh Najib kerana jelas dia tidak memikirkan beliau berkebolehan dan kemudian lantik dia sebagai setiausaha Umno Selangor. Saya tidak faham logik Najib,” kata Daim membangkitkan Ketua Pemuda Umno Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali telah melawan Mohd Zin dan ramai pemimpin Umno bahagian dikatakan berkempen menentangnya.


“Apabila anda bertanya kepada saya dalam wawancara lepas, saya kata terdapat masalah kesilapan calon. Ketua bahagian tidak gembira. Di kalangan (ahli) Umno sabotaj di mana-mana. Saya beritahu Zain senarai kerusi DUN bermasalah. Zain kata ya terdapat masalah tetapi BN boleh menang. Semua kerusi yang berada ditangan saya, BN kalah. “Dengan calon salah yang tidak turun ke bawah, tidak menghiraukan ketua bahagian, tidak melawat ahli dan pengundi, anda tidak boleh menang,” kata Daim.


Daim mengaitkan pandangannya dengan bagaimana BN kalah di kerusi DUN Bukit Selambau dalam Parlimen Merbok, Kedah dimana dikatakan terdapat pergaduhan dalam BN berhubung dengan pemilihan calon. “Mereka masih lagi bergaduh tentang kerusi DUN itu walaupun sehari sebelum pengundian", ujar Tun Daim.

Adalah benar apa yang diperkatakan oleh Tun Daim bahawa pendekatan yang diambil sewaktu pilihanraya dan pemilihan gerak kerja BN adalah penyumbang ke atas kegagalan BN menambah bilangan kerusi parlimen yang dimenangi pada pilihanraya umum yang lepas. Moga-moga dengan pandangan yang bernas sedemikian perlu diambil kira demi pencapaian yang lebih bagus pada pilihanraya-pilihanraya akan datang. Renung-renungkan.

IDZWAN IDRIS
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

Wednesday, May 29, 2013

NAJIB BERSAMA WARGA SETIAWANGSA


Pada tanggal 4 Mei 2013 yang lalu, warga Setiawangsa telah mengalu-alukan kedatangan Presiden Barisan Nasional Dato Seri Najib Tun Razak. Kehadiran beliau disambut dengan warga Setiawangsa sekitar 7000 orang dari pelbagai bangsa dan agama bagi mendengar 'Aku Janji' Barisan Nasional pilihanraya umum ke 13 daripada presiden parti.



Selain itu, tujuan malam tersebut diadakan adalah untuk memperkenalkan calon Barisan Nasional yang bakal bertanding di Parlimen Setiawangsa pada pilihanraya kali ini iaitu Dato Ahmad Fauzi Zahari. Dato Fauzi bukanlah muka baru di arena politik. Beliau telah berada di arena politik ini selama 25 tahun dengan memegang pelbagai jawatan penting seperti Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Ketua Pemuda UMNO Kuala Lumpur dan Naib Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa.

Dengan kredibiliti beliau selama ini serta sokongan dari Mantan Ahli Parlimen Setiawangsa Dato Seri Zulhasnan Rafique dan akar umbi warga Setiawangsa, insyaAllah kemenangan sekali lagi akan berpihak kepada Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 13 ini.

IDZWAN IDRIS
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

Friday, November 20, 2009

RULE OF LAW

Adalah menjadi prinsip Rule of Law bahawa tidak ada sesiapa pun yang bebas daripada tindakan undang-undang. Di Malaysia, Raja juga berada di bawah undang-undang. Semua orang di Malaysia, rakyat dan raja adalah sama tertakluk kepada undang-undang negara. Sudah ramai pemimpin UMNO yang dihadapkan ke mahkamah dan dihukum apabila didapati bersalah.

Tidak ada siapa di negara ini dan di mana Rule of Law dikuatkuasakan yang boleh mendakwa ia tidak bersalah sebelum ia dibicarakan atas tuduhan yang dibuat terhadapnya. Menerima Rule of Law bermakna sanggup tunduk pada proses undang-undang. Mendakwa diri sendiri tidak bersalah awal-awal lagi tanpa menghadiri proses undang-undang adalah satu ketidakadilan. Tidak ada sesiapa yang layak atau berhak menjatuhkan hukuman tidak bersalah ke atas diri sendiri. Perbuatan ini tidak banyak berbeza daripada kaedah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mana undang-undang membenarkan tahanan tanpa perbicaraan.

Jika sebagai contoh konspirasi boleh diterima sebagai alasan kenapa dakwaan tidak boleh dibuat, maka tidak ada siapa yang boleh dibicarakan dan dengan itu Rule of Law tidak boleh dilaksanakan. Secara prinsip sama ada konspirasi ada ataupun tidak, jika jenayah dilakukan dan hakim menerima dakwaan adalah berasas, maka yang tertuduh tetap salah juga. Konspirasi bukan alasan untuk menghalalkan jenayah sepertimana tuduhan Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap konspirasi kerajaan menjatuhkan beliau.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan