Tuesday, March 31, 2009

TUN MAHATHIR KEMBALI


Dengan perkhabaran yang baru diterima akan kembalinya Tun Dr Mahathir ke dalam parti UMNO telah menyemarakkan lagi semangat dikalangan ahli UMNO untuk berjuang. Kemunculan Tun Dr Mahathir di hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2008 telah meniup semangat perwakilan dan rakyat Malaysia secara amnya untuk melihat pembaharuan di dalam UMNO. Bagi Tun Dr Mahathir, tanpa rakyat, UMNO tidak boleh menang. Pengukuhan UMNO serta penerimaannya oleh rakyat terpulang kepada perjalanan masa hadapannya. Diharapkan perubahan angin politik di dalam parti UMNO ini dapat membawa impak positif dalam Pergerakan UMNO tidak kira sayap Wanita, Pemuda mahupun Puteri. InsyaAllah.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

Friday, March 27, 2009

SYABAS DATO' SERI!



Sekalung tahniah diucapkan kepada Dato’ Seri Zulhasnan Rafique Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa kerana memenangi dan mengekalkan jawatan Majlis Tertinggi UMNO untuk penggal 2008-2011. Saya mewakili barisan Pemuda UMNO Setiawangsa di bawah kepimpinan Ketua Pemuda Bahagian Setiawangsa, Saudara Azmi Badaruddin senantiasa menyokong Dato’ Seri Ketua Bahagian dalam memperjuangkan hak Melayu, agama dan negara. Semoga pemilihan barisan kepimpinan tertinggi UMNO kali ini dapat menggapai aspirasi parti serta mendekatkan diri dengan pergerakan akar umbi dan rakyat. Insyaallah.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

Thursday, March 26, 2009

SAJAK: MENCIPTA NAMA BANGSA

Setelah kematian
tak perlu lagi gelaran
diangkat keagungan
biarlah roh aman
menghadap Tuhan.

Kita yang hidup

seharusnya mencipta nama
bangsa berwibawa ternama
menggemilang dunia
peradaban beragama.

Segala yang ada

sewajarnya dipelihara
agama dan bahasa
diletakkan pada hak
di puncak mutlak.

Ingatlah, akal dan hati

agama dan bahasa
waris pusaka
mesti dipertahan
di baris hadapan
maruah kehidupan.



KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

PENANTIAN SUDAH TERJAWAB


Sepertimana yang telah diumumkan, setelah penantian selama 3 bulan yang lepas dalam menentukan pemilihan jawatan-jawatan di dalam sayap Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal 2008-2011 telahpun terjawab. Dengan kejayaan YB Khairy Jamaluddin yang telah diberikan mandat oleh para perwakilan Pemuda sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia serta pemilihan YB Dato’ Razali Ibrahim sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Dengan pemilihan mereka ini serta barisan baru Exco Pemuda UMNO Malaysia, diharapkan dapat menjalankan tangungjawab dalam menggapai wacana dan aspirasi Pergerakan Pemuda UMNO untuk kedaulatan parti, bangsa dan agama. Bagi mereka yang kecundang dalam pertandingan kali ini, marilah kita merapatkan semula saf barisan Pemuda dalam mengharungi cabaran politik yang genting pada masa akan datang dan elakkanlah daripada sifat berpuak-puak dikalangan kita selepas ini. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan sekalung tahniah kepada Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa, Saudari Seri Wani yang telah memenangi jawatan sebagai salah seorang Exco Puteri UMNO Nasional pada pemilihan kali ini. Syabas dan tahniah diucapkan.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

IKHLAS DALAM PERUBAHAN UMNO

Selepas tanah air mencapai kemerdekaan, timbul pelbagai masalah yang mengugat kebebasan termasuk percakaran dalam pelbagai aspek. Dalam soal ini, Barisan Nasional dan Umno serta orang Melayu secara keseluruhannya mesti memainkan peranan dalam mengukuhkan semula kedudukan dan imej Melayu.

Barangkali, kerana orang Melayu yang kurang memperlihatkan perpaduan sesama mereka memburukkan keadaan. Bangsa lain memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu menangani orang Melayu di tanah air mereka sendiri kerana pelbagai masalah melingkungi pemimpin mereka.

Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Melayu mesti berubah bagi mengembalikan keyakinan kepada rakyat untuk memihak kepada parti BN-Umno. Perubahan paling penting tentulah sikap pemimpin yang boleh memberi keyakinan dan sokongan padu rakyat kepada mereka.

Gejala politik wang yang sedang dibenteras adalah satu perubahan drastik yang mampu mengangkat semula keutuhan parti yang memerintah kerana dengan cara itu rakyat tentu melihat usaha condong ke arah membersihkan gejala tidak sihat dikalangan pemimpin. Sikap mesra rakyat dan tidak bermegah-megah dengan kedudukan juga satu perubahan yang mesti diambil kira untuk memenangi hati rakyat. Ketegasan dalam melaksanakan undang-undang dengan tidak mengambil kira siapa salah akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan bertindak mengikut landasan yang benar.

Dalam soal ini, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam satu rancangan di televisyen baru-baru ini berkata, penguatkuasaan tidak tegas dalam sesuatu perkara akan menyebabkan keyakinan orang ramai terjejas terhadap pemerintah.

Jika perubahan yang dilakukan itu menjamin keutuhan parti, tentu perkara itu tidak membimbangkan pelbagai pihak tetapi jika perubahan yang berlaku mengancam kekuatan parti, maka usaha membaik pulih parti dan keyakinan rakyat terhadap parti mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Melayu mesti berubah untuk menjamin kelangsungan bangsa, agama dan negara.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

Friday, March 20, 2009

RETAIL BANKING IN THE 21ST CENTURY – BUILDING THE WINNING POSITION!

I have chosen to focus on those few critical strategic issues that I believe will be at the heart of any survival strategy for the new Millennium. Put another way, they are the areas in which I do not believe we can afford to fail!

Those who win will be characterized by the strength of their brand. They will be acknowledged for the sophistication and competitiveness of their delivery systems – with leading edge capabilities in the web and e-commerce arenas. Any they will have the relationship software tools that enable them to build and sustain a dialogue with their customers; one that gains in strength, as it extends in product holdings.

To be successful, bankers will need to recruit the best management talent available. They will have to look outside banking to industries that already know the meaning of intense competition, for example, fast moving consumer goods. They may well be operating in an increasingly disaggregated environment where – as an autonomous trading arm or subsidiary – they can move quickly in an ever more competitive climate.

Winning is competing, surviving and succeeding by growing both the business and value for the shareholders. All this, in a climate where we will have to deal with the well resourced competition that will arise from both within our own market and from cross border predators. Such will be the challenges of retail banking in the 21 century!

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

AGENCY RELATIONSHIP PROBLEMS AND LENDING TO SMALL BUSINESSES

The agency problems in the relationship between banks and small businesses in Malaysia can cause harmful under financing to the small business sector. The lack of information can also lead to excessive caution among bankers when assessing loan applications from small businesses. This is further exacerbated by a gap between bankers and small business owners, which is caused mainly by the lack of understanding among some bankers who often perceive small business owners as a potential portfolio of non performing loans, and are thus reluctant to help them. To address these problems, bankers need to focus more on understanding the commercial viability of small businesses, their cashflows, and work out procedures for channeling required funds to them. They can obtain valuable information through monitoring the operations of the small business borrowers. This helps in building up their knowledge of small businesses and the potential for viable funding.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan