Friday, February 27, 2009

DIFFERENCE BETWEEN CONVENTIONAL BOND AND SUKUK

In its simplest form, a bond is a contractual debt obligation whereby the issuer is contractually obliged to pay to bondholders, on certain specified dates, interest and principal.

In comparison, under Sukuk structure the Sukuk holders each hold an undivided beneficial ownership in the underlying assets. Consequently, Sukuk holders are entitled to share in the revenues generated by the Sukuk assets as well as being entitled to share in the proceeds of the realization of the Sukuk assets.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

Thursday, February 26, 2009

MENGUTUK KERAS KEBIADABAN KARPAL SINGH

Sesungguhnya kebiadaban Karpal Singh berulang kembali. Setelah isu Kesultanan Perak dipersoalkan, kini beliau sekali lagi melakukan tuduhan melulu terhadap Pergerakan Pemuda Umno dengan menggunakan perkataan 'Pemuda Umno Celaka' (Damn Umno Youth) sewaktu persidangan Dewan Rakyat. Selain itu, beliau menuduh Pergerakan Pemuda Umno menjadi dalang dalam pengiriman dua butir peluru dan notis amaran ke kediamannya di Pulau Pinang tempoh hari.

Saya, sebagai seorang ahli Exco Pergerakan Pemuda Umno Setiawangsa yang mengapalai blog ini mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya ke atas kebiadaban Karpal Singh dan mahukan beliau menarik balik tuduhan dan cemuhan ke atas Pergerakan Pemuda Umno serta meminta maaf secara terbuka di atas perkara ini. Sememangnya perkara ini boleh menaikkan sentimen kemarahan rakyat khususnya dikalangan orang Melayu Ahli Umno.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

PERNIAGAAN GERAKAN-GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA

Perniagaan merupakan pekerjaan yang mulia di sisi Islam. Di Malaysia, secara keseluruhannya, usaha menjalankan perniagaan secara Islam adalah amat menggalakkan, termasuk dikalangan gerakan-gerakan Islam. Ketiga-tiga gerakan Islam yang dikaji terbukti telah menyumbang dengan banyaknya kepada perkembangan perniagaan Islam di Malaysia. Kesemua mereka muncul sekitar zaman kebangkitan semula Islam. Mereka menggunakan koperasi sebagai wadah perniagaan Islam mereka.

Penekanan dan penghayatan terhadap tasawwur Islam secara menyeluruh walau bagaimanapun belum memberangsangkan. KBI, Kohilal dan KIMB banyak menumpukan usaha kepada sistem perniagaan secara Islam, dari segi muamalatnya. Ketiga-tiganya lebih banyak menekankan kepada peralatan-peralatan fizikal, material dan teknikal sebagai alat merealisasikan perniagaan Islam yang dicita-citakan.

Penekanan terhadap hanya peralatan-peralatan fizikal, material dan teknikal ini memberi implikasi yang sangat signifikan. Pertama, perniagaan-perniagaan Islam ini hanya menggunakan satu alat sahaja, yakni quwwah, dan kurang menggunakan satu lagi alat, yakni takwa, padahal takwa dijamin Allah swt sebagai sangat berkesan dalam mendapat bantuan Allah swt. Tanpa penekanan terhadap takwa, bukan sahaja bantuan Allah swt tidak sampai, keredhaan-Nya juga ditakuti tidak tercapai. Kedua, oleh kerana quwwah merupakan kekuatan perniagaan bukan Islam yang telah kukuh dan bertunjang kuat, adalah mustahil perniagaan-perniagaan Islam yang hanya menggunakan quwwah juga dapat mengatasi dan bersaing dengan mereka. Sebaliknya perniagaan-perniagaan Islam ini sepatutnya mengambil takwa sebagai alat ulung, yang tidak dimiliki oleh perniagaan bukan Islam, untuk bersaing dan mengatasi mereka secara sihat dan berkesan.

Kalau takwa dijadikan alat paksi menjayakan perniagaan Islam, dan quwwah dijadikan alat bantuan, kejayaan perniagaan Islam di Malaysia tentulah menjadi satu perkara yang pasti. Setakat ini, sumbangan gerakan-gerakan Islam di Malaysia dalam merealisasikan perniagaan Islam tidaklah sedikit. Sumbangan ini akan menjadi lebih berkesan dan bermakna kiranya penekanan terhadap takwa dijadikan kekuatan utama, manakala penekanan terhadap quwwah menjadi kekuatan sokongan. Keadaan sekarang di mana quwwah dijadikan kekuatan utama manakala takwa dijadikan kekuatan sokongan perlu diubah segera.


KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

KEJIRANAN IKRAM DALAM KOMUNITI BANDAR

Cara hidup ikram merupakan gabungan nilai-nilai murni bagi membentuk dan mencorakkan perkembangan karakter dan sahsiah individu. Oleh kerana individu adalah unit asas yang mendukung pembentukan keluarga dan kemudian komuniti, proses sosialisasi yang miskin dengan nilai-nilai murni akan hanya meninggalkan kesan buruk kepada perkembangan kehidupan individu terlibat seterusnya mengakibatkan bercambahnya patologi sosial dalam kehidupan bermasyarakat. Individu dan komuniti yang melalui liku-liku hidup yang tandus dengan budaya keikraman mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk kurang berjaya untuk mencipta kehidupan bermasyarakat yang sejahtera dan harmoni.

Dalam konteks kehidupan di bandar pula, gerak kehidupannya yang bertenaga, aktif dan pantas memerlukan anggota komuniti sentiasa bersaing untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi mereka. Dalam konteks ini, tuntutan pekerjaan, hambatan masa dan kesibukan peribadi telah merantai mereka daripada memberi komitmen terhadap urusan kejiranan. Natijahnya sebahagian besar bersikap lepas tangan, mengasingkan diri dan tidak berminat untuk mengambil tahu. Bagaimanapun kualiti dan kesejahteraan kehidupan sebenarnya tidak hanya bergantung kepada pemilikan material dan kemewahan semata-mata. Individu tetap memerlukan kehadiran dan sokongan orang lain di sekitar mereka dalam menjalani kehidupan. Oleh itu, kejiranan ikram adalah merupakan suatu model alternatif bagi menghidupkan semula ikatan kejiranan bandar yang kini nampaknya semakin malap dalam kehidupan komunitinya. Kejiranan ikram diharap akan dapat menyumbang ke arah keharmonian, kekuatan dan pembangunan individu serta komuniti bagi mengatasi dan membendung pelbagai krisis yang disengsarai oleh masyarakat.

Perkembangan alaf baru menuntut agar komuniti dapat mengatur agenda perubahan dan adaptasi yang sesuai bagi memajukan tahap kehidupan. Perubahan adalah unsur yang penting dan tidak mampu untuk dihindari bagi mencorakkan masa depan masyarakat dan negara. Tetapi perubahan juga boleh membawa kemusnahan sekiranya nilai-nilai murni tidak dapat dipertahankan oleh anggota komuniti dalam keghairahan mengejar kemajuan dan kesenangan. Oleh itu, pilihan yang terbaik hanyalah membangun dan maju berlandaskan nilai-nilai murni dan kejiranan ikram adalah salah satu daripada kompenannya. Fikir-fikirkanlah.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

PENGARUH BUDAYA ORGANISASI TERHADAP INOVASI

Organisasi khasnya pada jabatan yang terlibat, boleh mempertingkatkan lagi keadaan suasana dalam organisasi bagi membolehkan iklim kreatif dapat diwujudkan dengan jayanya dan seterusnya memupuk kreativiti dikalangan pekerjanya. Adalah diakui oleh beberapa sarjana bahawa iklim kreatif merupakan satu cabaran dan amat sukar untuk dihasilkan dalam tempoh masa yang singkat, namun organisasi perlu berusaha lebih ke arah itu. Organisasi perlu memberi masa tidak kurang daripada tiga tahun untuk melihat hasil usaha yang diambil ke arah membentuk iklim berkreatif. Usaha-usaha yang boleh dilakukan termasuklah dengan organisasi memberi tumpuan kepada sepuluh faktor: (1) menjadikan iklim di tempat kerja lebih mencabar dan boleh memotivasikan pekerja iaitu dengan mengajak pekerja melibatkan diri dalam operasi-operasi dan matlamat organisasi, (2) membuatkan suasana lebih terbuka dan berkepercayaan dengan mengadakan perhubungan kerja yang selamat dan kurang terancam, (3) dengan memberi masa dan peluang yang lebih untuk pekerja menyampaikan dan mengetengahkan idea-idea baru, (4) dengan mempamerkan tindakan-tindakan secara mudah dan spontan, (5) dengan mengurangkan konflik dalaman dan ketegangan emosi, (6) dengan memberi sokongan kepada idea-idea yang diketengahkan, (7) dengan mendebatkan pandangan dan idea-idea yang diketengahkan, (8) dengan memberi galakan agar pekerja mengambil risiko ke atas peluang-peluang, (9) dengan memberi lebih ruang dan kebebasan bagi membolehkan pekerja bertindak dan (10) menyuntik keceriaan dan dinamisme pada sekitar tempat kerja.

Walaupun budaya pembelajaran dirasakan telah menyumbang dengan banyak terhadap inovasi di dalam organisasi ini, tetapi masih ada ruang lagi untuk organisasi ini meningkatkan lagi budaya pembelajarannya. Aspek yang perlu ditekankan ialah (1) dengan memberi penekanan kepada kepimpinan strategik, (2) dengan memberi penekanan kepada pembelajaran secara iving, (3) dengan mengenal pasti perubahan-perubahan, atau kekurangan dan mengongsinya dikalangan pekerja agar dapat diatasi bersama, (4) dengan memberi lebih ruang dan peluang kepada pekerja untuk membuat keputusan dan bertindak, dan (5) dengan menggalakkan pekerja berinteraksi melalui berdialog dan membuat penyiasatan akan sesuatu isu atau idea.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

Wednesday, February 25, 2009

PENCAPAIAN KESEIMBANGAN EKONOMI KAUM

Pada dekad yang lalu, bangsa Melayu dan kaum bangsawan tidak mahu berkongsi sama rata dalam hasil ekonomi negara; walau apapun ketaksamarataan pendapatan antara kumpulan komunal yang sama telah meningkat; sebahagian besar masyarakat Melayu tidak menghiraukan dan tidak mahu mengambil kesempatan dalam era ekonomi moden; halangan-halangan daripada institusi utama, sosial dan kebudayaan menyebabkan hal ini berlaku. Selagi ketidakseimbangan yang sangat ketara dalam masyarakat Malaysia, selagi itulah hasrat mengimbangkan ekonomi antara kaum akan tinggal khayalan.

Atas kesedaran inilah kerajaan mengambil langkah meluaskan program-program untuk menggalakkan keseimbangan ekonomi antara kaum. Program yang dirancangkan itu memerlukan peningkatan dalam pendidikan dan kemahiran teknikal dalam masyarakat Melayu dan meluaskan peluang pekerjaan dan secara umumnya penglibatan mereka dalam era ekonomi moden. Analisis sains sosial terhadap corak atau paten pergerakan ke dalam segmen ekonomi yang produktif dan moden akan membolehkan pembentukan dasar yang lebih berkesan demi mengatasi kesan-kesan sosial dan kebudayaan.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan


PERUBAHAN DASAR KERAJAAN

Usaha kerajaan melalui perubahan dasar dan insentif digunakan dalam menggalakkan semula momentum pertumbuhan bermula ketika kegawatan ekonomi pada pertengahan 1980an. Proses penswastaan ditingkatkan serta diperluaskan dan tindakan afirmatif diberi tumpuan dalam penstrukturan semula objektif DEB, yang penting sekali dalam pemilikan dan kawalan perusahaan. Dengan kata lain, ini adalah akibat daripada penghentian dan pemulihan semula kerancakan ekonomi berserta faedah, yang mana dasar baru ini telah menampakkan kejayaannya iaitu ekonomi Malaysia mencatatkan perkembangan pada kadar yang menggalakkan sebanyak 10 peratus dari tahun 1987 hingga 1997.

Kejayaan ini dicapai hasil daripada perubahan dasar yang dilakukan pada pertengahan tahun 1980an, pada akhir Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang mana turut terkandung dalam DEB, Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua bagi tahun 1990 telah dibentuk dan digunakan sebagai penstrukturan semula objektif yang kurang diberikan perhatian.

Krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 sekali lagi menganggu gugat ekonomi dan secara tidak langsung menguatkan pembentukan syarat berkenaan dengan penstrukturan semula. Perubahan dasar pada pertengahan tahun 1980an dilihat sebagai tindakbalas pragmatic kepada situasi yang timbul akibat daripada kerugian syarat luaran. Namun, kedua-dua kejayaan dan kesan ini adalah langkah pertumbuhan ekonomi yang dilakukan pada akhir tahun 1980an dan berlaku dengan lebih cepat terutamanya sewaktu kegawatan.

Pengukuhan dan pengkodan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua pada tahun 1990an dan dokumen yang berkenaan memudahkan pengaplikasian syarat penstrukturan semula DEB telah memberi kuasa kepada kerajaan untuk membuat keputusan. Menjelang sahaja tahun 1990, secara keseluruhan pertumbuhan ekonomi, jika dapat bertahan, seperti yang dirancangkan oleh kerajaan, serta dengan pengaruh dan suara pemegang harta, disebabkan oleh ketidakstabilan ekonomi dan politik yang berpunca daripada dasar afirmatif yang lepas. Dasar kerajaan sepanjang tahun 1990an, dilihat dapat mendominasikan strategi pembangunan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga pada tahun 2010.

KHAIRUL IDZWAN IDRIS

Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan