Suatu keputusan yang bijak dilakukan oleh kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Sebagaimana yang diketahui sebelum ini, Chin Peng sebagai Ketua Parti Komunis Malaya telah membuatkan Tanah Melayu dahulunya kacau bilau dengan kehilangannya ramai nyawa yang tidak berdosa. Bukan sahaja ribuan nyawa terkorban malah Institusi Raja Berperlembagaan di negara kita juga turut tercelar akan sifat kerakusan dan kebiadaban Chin Peng. Adakah kita mahu berlembut dengan orang seperti ini? Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah menyokong supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia. Apakah agenda politik beliau kali ini? Apapun agenda politik beliau, sememangnya ini melibatkan sensitiviti rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia secara total menolak dan mengharamkan kepulangan Chin Peng semula ke tanahair tercinta, Malaysia.
KHAIRUL IDZWAN IDRIS
Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan
KHAIRUL IDZWAN IDRIS
Timbalan Pengerusi
Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan