Tuesday, June 4, 2013

VAT (VALUE ADDED TAX) AND GST (GOODS SERVICE TAX) IS VERY ATTRACTIVE

  • Income taxes are incurred, irrespective of whether that income is spent which means savers are penalised
  • Income taxes don't account for inherited or accumulated wealth which consumption tax does
  • A consumption tax also hits those in the shadow economy, who wouldn't normally be captured under an income tax or never bothered to report their income. While this will include small traders and hawkers
  • GST is more 'efficient' than the current sales tax because it only taxes value added and not gross value sales. This is hugely important for businesses as it should reduce their input costs
  • For the government, the burden and cost of collection is shifted to companies which have an incentive to make the system work
It should be remembered that Malaysia has very narrow tax base less than 20% of the population have income levels sufficiently high for them to be taxed and only about 10% actually have to (after deducting allowances, rebates and deductions). The income tax rate would have to be lifted fairly high to match what a GST would yield. Moreover, personal income tax is just 10% of the government revenue base and corporate tax is about 23%. Based on Pemandu's estimates, it looks like GST will yield twice more than the current SST (Social Security Tax) but at a 3% lower than tax rate.

Malaysia currently levies 2 forms of consumption tax - sales tax and service tax. Service tax is levied on all goods sold or produced in Malaysia with the exception of petroleum and exports. The current standard rate is 10% but lower rate of 5% is applicable to fruits, certain foodstuffs, timber, building materials, cigarettes and tobacco, liquor and alcohol.

However service tax is applicable to restaurants, hotels, parking lots, golf courses, clubs, phone companies, professional services like accountants, lawyer and consultants and many more at 6%. Credit cards are also subject a service tax flat fee levied on principal and supplementary cards.

GST is going to replace both these 2 taxes (with possible exception of credit cards) and from which certain essential goods will continue to be excluded.

Idzwan Idris
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
WIlayah Persekutuan

APA ITU AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS 2012)

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas 2012) telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia bagi menggantikan Akta Kesalahan Dalam Negeri tanpa sebarang pindaan. Akta baru ini mengecapi 4 kesalahan utama yang dkategorikan sebagai kesalahan keselamatan. Ia termasuk keganasan keselamatan terancang pada orang awam atau harta, membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang Di Pertuan Agong, memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta melakukan perubahan selain dengan cara yang sah.


Banyak transformasi yang di buat pada akta baru ini. Namun apa yang menjadi tumpuan utama akta baru ini ialah ia memberi transformasi langsung pada tuntutan-tuntutan major yang dicadangkan oleh pihak pembangkang iaitu;

     1. Jaminan bahawa tiada tangkapan boleh dibuat atas dasar politik
     2. Tiada meletakkan kuasa 100% pada Menteri KDN
     3. Fasal lima akta ini yang membenarkan tahanan menghubungi saudara mara 

Projek transformasi Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak ini merupakan contoh proses-proses yang perlu dilalui oleh sebuah negara demokrasi sepertli Malaysia. Bagi mereka yang hormat pada perlaksanaan demokrasi, inilah caranya dan perlu diterima oleh mereka.

Idzwan Idris
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

Friday, May 31, 2013

PTPTN PERLU PENAMBAHBAIKKAN BUKANNYA PEMANSUHAN

PTPTN adalah salah satu saluran bantuan kerajaan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran diperingkat pengajian tinggi. Saluran ini adalah hasrat kerajaan membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk membiayai pengajian. Kerajaan tidak pernah memaksa pelajar-pelajar untuk menerima bantuan ini. Kerana sebelum pinjaman ini diberikan, pelajar harus menandatangani surat perjanjian penerimaan dan pembayaran balik pinjaman. Kepada mereka yang mampu, tidaklah perlukan pinjaman ini, kerana kerajaan memberi peluang kepada mereka yang tidak mampu.

Selain itu, kerajaan tidak menafikan bahawa terdapat faedah 1% yang dinamakan sebagai kos pentadbiran. Namun kos ini adalah berpatutan. Walaubagaimanapun, kita berhasrat juga agar kerajaan melupuskan 1% ini yang mana sedikit sebanyak membebankan peminjam-peminjam. Saya memang membantah sekiranya PTPTN ini dimansuhkan terus, tetapi saya menyokong sekiranya kerajaan melakukan penambahbaikan terhadap pinjaman ini.

Dalam hal yang berkaitan, ketua pembangkang pernah menyarankan agar dana Petronas digunakan untuk melupuskan RM24.7 billion hutang PTPTN. Keburukan melupuskan hutang pinjaman PTPTN dengan menggunakan dana Petronas akan membuatkan Petronas muflis. Petronas bukan lagi pengeluar minyak terbesar, jadi keuntungan Petronas tidak akan dapat bertahan selama 5 hingga 10 tahun akan datang.

Secara keseluruhannya, Malaysia akan muflis dan akan berhutang besar sebab pembangkang mahu tol dihapuskan, subsidi minyak ditambah, hutang PTPTN dihapuskan dan subsidi asas seperti subsidi gula, tepung, dan barangan asas lain ditambah. Tidak mustahil sekiranya Malaysia akan berhutang berlipat kali ganda dengan IMF untuk menampung semua ini bagi menggembirakan hati semua pihak. Sebenarnya PTPTN hanya memerlukan penambahbaikan. Bukan dengan memansuhkannya. Misalnya, PTPTN itu dihapuskan faedahnya, kemudian gunakan konsep pinjaman seperti yang MARA lakukan terhadap peminjamnya dan kerajaan tidak perlu blacklist peminjam yang hendak keluar negara.

Kesimpulannya, hanya segelintir pelajar sahaja yang akan rasa bersyukur dengan apa yang telah diberikan dan akan berusaha dengan sebaik mungkin. Manakala selebihnya adalah sebaliknya. Justeru, saya berpendapat bahawa pinjaman PTPTN tidak wajar dihapuskan secara terus tetapi penambahbaikkan perlu dilaksanakan agar rakyat terutamanya golongan pelajar ini tidak terbeban dengan hutang sepanjang hidup. Pihak kerajaan dan pihak yang terlibat perlu berfikiran terbuka dengan mengadakan rundingan dan perbincangan dengan segera bagi mengelakkan isu ini menjadi semakin parah dan memuncak.


IDZWAN IDRIS
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan





KJ MENTERI KBS


Dato Seri Najib Razak telah mengumumkan barisan kabinetnya barunya yang memberi banyak kejutan. Kabinet Najib bolehlah disifatkan penggabungan muka baru dan lama. Seperti mana diduga tiada wakil MCA atau Gerakan di dalam Kabinet kali ini. Namun satu post yang lazim dipegang oleh MCA Kementerian Pengagkutan dibiarkan kosong. 

Seperti mana yang saya guraukan Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah dibawa masuk ke dalam kabinet. Khairy yang menang di parlimen Rembau dilantik menjadi Menteri Beliau dan Sukan mengambil alih tempat Ahmad Shabery Chik yang dipindah ke Kementerian Komunikasi dan Multi Media.

Akhirnya kesabaran dan kesungguhan menantu Abdullah Badawi kepada parti dinilai oleh Najib. Inilah berkat kesabaran dan sikap yang pernah ditunjuk Khairy perlu diambil iktibar oleh mereka yang ingin bermain dalam politik. 

Sudah tentu dengan masuknya Khairy ke dalam kabinet ia akan memberi lonjakan kepada anak muda untuk terus mendokong kerajaan. Dengan kebolehan dan idea yang ada kepada Khairy sudah tentu beliau akan memacukan aspirasi anak muda sesuai dengan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda Umno.


Pemuda Umno juga yang sebelum ini dilihat layu dan 'mamai' pasti akan bermegah apabila ketuanya menjadi menteri. Banyaklah projek-projek dibawah kementerian itu akan diagihkan kepada ketua-ketua pemuda. Selepas ini sokongan kepada Khairy akan meningkat dan mereka yang sebelum ini menjauhi beliau kerana tiada kuasa akan menginding dan mendekati semula.

Tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas perlantikan itu. 

IDZWAN IDRIS
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

Thursday, May 30, 2013

BLOCKOUT 505 MAKIN PUDAR


Kegagalan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hadir ke perhimpunan Blackout 505 yang dianjurkan oleh PKR di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 25 Mei 2013 yang lepas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam PR.

Jarang benar para pemimpin utama DAP dan PKR memboikot sebarang perhimpunan bantahan yang dianjurkan apatah lagi hanya menghantar pemimpin bertaraf kelas kedua sahaja sekadar memenuhi undangan.

Alasan kononnya pemimpin utama DAP dan PAS itu berada di luar negara untuk urusan lain agak pelik bunyinya seolah-olah mereka tidak mengetahui penganjuran himpunan tersebut dan langsung tak dijemput untuk menyampaikan ucapan. Selain mereka berdua, Penasihat DAP Lim Kit Siang juga tidak hadir sementara jumlah kehadiran penyokong PR juga jauh berkurangan berbanding himpunan pertama Blackout 505 di Stadium MBSJ Kelana Jaya sebelum ini.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang menyedari sudah wujud kebimbangan dikalangan penyokong PR dilihat cuba meredakannya dengan menjanjikan lebih banyak perhimpunan sama akan diadakan di seluruh negara. Dilihat pada senario semasa ini jelas kelihatan penganjuran terbaru himpunan 505 lebih dimonopoli oleh pemimpin PKR dan NGO yang dekat dengan parti itu sahaja, seperti mengiakan DAP dan PAS cuba menjauhkan diri dari PKR.

Jika keadaan ini berterusan tidak sukar menjangkakan kemungkinan momentum blackout 505 akan semakin merudum dan akhirnya menjelang penghujung bulan depan ianya akan padam dan ghaib dari pandangan.


IDZWAN IDRIS
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

LAHAD DATU OH LAHAD DATU


Anwar semakin pening kepala. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

Pepatah Melayu ada menyatakan ‘Siapa makan cili, dia yang rasa pedas’. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.

Apa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada. Berdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara. Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu didedahkan. Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.

Anwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul?

Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.

Apa perkaitan Anwar dan Lahad Datu masih belum disimpulkan. Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya.

IDZWAN IDRIS
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan

ZAHID TEGAS DI KDN

Pembangkang sudah mula takut dengan tindakan tegas yang diambil Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menurut mereka “sudah mula tunjuk taring”. Jika dahulu, mereka boleh memperlekehkan arahan dan amaran Kementerian Dalam Negeri, kini dengan pelantikan Ahmad Zahid sebagai menteri, mereka sudah mula risau segala perancangan untuk menimbulkan kacau bilau di dalam negara akan dihalang.



Lebih malang bagi mereka, berkemungkinan besar, pentadbiran Ahmad Zahid tidak lagi akan menggunakan “kelembutan” sebaliknya hanya tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan. Menyedari hal itu, pembangkang mula menyerang Ahmad Zahid sari setiap pelusok, selagi ada peluang untuk mengkritik dan menyerang, namun Ahmad Zahid tetap tegas dengan pendiriannya malah langsung tidak mengendahkan kritikan-kritikan terhadapnya.

Bermula dengan kenyataan di dalam Utusan Malaysia yang menggesa mereka yang tidak menerima sistem pilihan raya di negara ini keluar dan meninggalkan negara ini sehinggalah amaran keras kepada Malaysiakini, Ahmad Zahid telah menjalankan tugasnya sebagai menteri KDN yang berwibawa dan disegani. Penangkapan Adam Adli juga amat mengejutkan banyak pihak, namun itu adalah tindakan yang paling tepat untuk mengekang budaya melanggar undang-undang daripada berleluasa sehingga menjadikan anak muda kita semakin bersikap kurang hajar.

Gerun dengan prestasi dan pendirian Ahmad Zahid, Dewan Pemuda PAS pula mengecam beliau apabila mengatakan Ahmad Zahid sebagai bongkak dan angkuh walaupun baru seminggu memegang KDN. Nasruddin Hassan berkata:”Ahmad Zahid sudah mula menunjukkan taring jantan dan kuasa besarnya sebagai pemimpin kerajaan.” Ahmad Zahid sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari, sama ada list system atau single transferable vote di negara republik.

Pembangkang juga mula kecut dengan prestasi Ahmad Zahid yang tidak boleh diperlekeh lagi, kerana mereka bukan lagi akan menerima amaran, tetapi tindakan secara langsung tanpa rasa belas kasihan.
Tindakan-tindakan bodoh pembangkang selepas ini sudah pasti akan terhenti dengan ketegasan Ahmad Zahid tersebut, sekaligus menyaksikan negara yang ketinggalan selama lima tahun sebelum ini akan terus maju dan mengorak langkah ke hadapan.

Diharapkan Ahmad Zahid akan berupaya menjunjung tinggi undang-undang negara yang diperlekeh kumpulan pembangkang atas alasan demokrasi, dan menegakkan undang-undang tanpa rasa ragu. Jangan lagi diberi ruang kepada kumpulan yang menimbulkan huru-hara kerana tindakan sedemikian hanya akan menghancurkan pembentukan bangsa Malaysia yang berjaya.

Cukuplah lima tahun Malaysia terbazir dengan kegilaan pembangkang, kini tiba masanya untuk kita memajukan negara. Segala tindakan pembangkang yang bercanggah denga Perlembagaan harus dicantas tanpa banyak bicara kerana mereka gemar menimbulkan persepsi negative terhadap kerajaan sedangkan hakikatnya mereka adalah kumpulan yang tidak berfikir.

Pembangkang sudah pasti makin marah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana melantik Ahmad Zahid, kerana ia telah menyusahkan perancangan mereka untuk menjahanamkan negara ini.
Nyata tindakan Najib amat tepat dan bersesuaian pada masanya, dan pembangkang diharap akan menjadi pembangkang yang lebih beradap dan berfikiran selepas ini. 

Syabas Ahmad Zahid Hamidi kerana berani meletakkan kembali martabat undang-undang Malaysia walaupun diasak hebat pembangkang yang mulai ketakutan dengan ketegasan anda.


IDZWAN IDRIS
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa
Wilayah Persekutuan